Seminggu sebagai seorang cashier di pasaraya

Seminggu ini saya agak bizi, kali ini saya betul betul bizi punya. Tak buat buat bizi macam selalu. Sekarang saya bizi mencari rezeki untuk memberi nafkah kepada diri sendiri. Sepanjang seminggu saya sebagai cashier, cashier disebuah pasaraya yang tak ada di pantai timur. Jadi, banyak benda yang saya tak tau tapi terpaksa amik tau. Tapi ada best nya juga jadi cashier ni ; 

 1. Dapat bertemu dengan ramai orang, terutamanya mereka yang Handsome. Lagi best kalau buleh beramah mesra bersama mereka dan bertukar senyuman. Ini ibarat, 

"Awak beli barang kat pasaraya ni, percuma satu senyuman dari saya," 

2. Dapat belajar bahasa baru, bahasa bangla contoh nya. Saya dapat tahu orang bangla, panggil straw sebagai paip.

"itu paip, mana ada?"
"paip? paip air?"
"Ya, paip itu buat minum air. Mana ada?" 

3. Dapat belajar cara berkomunikasi dengan mereka yang tak paham melayu iaitu dengan menggunakan bahasa isyarat. Buat bentuk petak, untuk minta kad ahli. Senyum, untuk minta wang.

4. Dapat memberi ajaran sesat kepada customer. Contohnya, bagi arah jalan yang salah. Cara penggunaan yang salah, kelebihan kad pasaraya dan sebagainya. Macam biasa, bila menjawab mesti dengan rupa yang penuh yakin. Ini adalah untuk menduga customer, sama ada senang ditipu atau tidak. 

5. Dapat menjalankan kempen Katakan Tak Nak pada rokok dengan sendiri. Contoh nya, bila customer tanya ada jual rokok ke tak, sepantas kilat jawap "Takda." dengan rupa penuh yakin. Walau kaunter rokok, sebelah kaunter anda. 

6. Dapat kenal jenis perangai orang. Orang lelaki contoh nya, lelaki yang baik akan pegang duit dihujung duit bila hulur duit mahupun bila amek duit baki. Lelaki biasa, pegang duit dengan ngam ngam, dengan biasa, amek duit baki pun biasa aje. Lelaki gatal, sengaja buat terpegang tangan cashier bila amek duit baki sambil senyum gatal. Orang berbudi bahasa budaya kita, akan hulur duit dengan baik baik. Orang kerek, akan bagi duit dengan gaya kerek. Kadang, main baling duit.

15 comments