Lagi Beberapa Hari Mau 2010

Tadi, ada perjumpaan antara pengetua dengan pengemuda. Of koz la saya si pengemuda nya dan dia pengetua. Dalam banyak banyak banyak banyak banyak yang dia bebelkan. Satu aje yang saya ingat dan amek endah. Kalau buleh nak salin, tampal kat dinding, buat rujukan masa hadapan.

Yaitu, cara cara mendapatkan jodoh. Disini, saya taknak berkongsi dengan awak awak awak awak dan awak semua. Dia kata, dah nak dekat akhir semester baru buleh praktik. Sekarang tak buleh. Kang esok nanti ada yang dah kawin, menurut beliau.

Serasa saya, sekolah ni takda lah besaq tapi memang buleh tercabut lah lutut kalau berjalan dari pintu pagar depan sampai pintu pagar belakang. Kalau tak tercabut pun, maybe otot otot kaki akan mula membesar dan Kaki akan nampak tough. Mesti hebat kan? Masa tu, Malik Nur dan Si Polis tu dapat merasakan mereka bakal mendapat saingan hebat dari saya.

Susunan kelas dengan Bangunan pun memang boleh menyesatkan. dan memang dah sesat pun. Maybe dorang perlu kasi satu GPS free kepada student baru macam saya. Kat dalam hostel pun buleh sesat jugak. Nyaris menangis sebab tak jumpa bilik lepas pegi bergosip kat bilik kawan. Nasib toilet sebelah bilik aje. Jadi nya, memang takkan ada kes sesat ke toilet lalu terkencing dalam kain. Yang paling tip and top, makanan. Murah. Ada sesetengah nya mencapai tahap 'Gila Murah Siot!'. I loike!

5 comments