Merry Kerismes To Jakelin Viktorr

Malam ni, last saya buleh tido dengan katil yang agak empuk tilam nya. Dengan bantal golek yang sedap sedap buat peluk. Dengan Selimut yg wangi dan tebal. Sambil dihala dengan kipas yang kurang mengenang jasa. Selalu aje buat hal. Mengada.

Malam ni juga, malam last nyamuk nyamuk kebal ridsect buleh hisap darah muda saya. Nyamuk zaman sekarang, kasi mandi dengan ridsect pun belum tentu mati. Siap buleh buat aksi renang berirama sekali, kot. Apalagi kalau setakat sembur aje, bersin gitu je kot dorang tu. Huh!

Malam ni juga lagi sekali, last saya buleh main lumba lari dengan kucing saya. Lepas ni mesti rindu gilak. Lepas tu, bila saya balik rumah balik. Dorang dah tak kenal saya. Ceh. Macam budak budak la kome nih. 

Apa pun, I'm gonna miss kome sume! Esok, lusa. Dah tak buleh nak bersenang lenang lagi. Dah tak buleh bangun lewat. Pasai awal awal pagi esok, saya akan bertolak ke Melaka. Seawal mana tu saya tak pasti. Bagi saya, jam 11 pagi pun kira awal jugak. Melaka, pegi rumah makcik aje. Bukan pegi jalan jalan naik beca yg supermahal tu. Pasai lusa nya pulak, bertolak ke Batu Pahat. Saya tak pernah ke Batu Pahat. Kawan saya kata, kat sana ada patung orang sedang memahat batu. Comel ke tak, tak tau lah. Betul betul wujud ke tak, saya pun tak tau.

5 comments