Sepetang Di Jalan Yang Kalau Tak Pakai Helmet Buleh Kena Saman

Awak, awak ingat stailo sangat ke kalau bawak motor sambil menyenggeng dengan kelajuan sama macam kekura mengejar siput babie. Awak nak saing kekura tu ke apa?. Awak tau tak saya tak suka orang lembab cenggitu kat tengah jalan raya? Saya rock, apa barang bawak motor macam nak cari rumah sewa sambil sedut-hembus asap rokok yang awak tak mampu nak beli sekotak pun.

Saya nak cepat, pegi gerai makcik yang jual goreng pisang tu cepat cepat. Sebelum habis. Makcik pun satu. Belum jam 5, goreng pisang dah habis. Makcik jual goreng pisang ikut opis hour ke apa?

Yang awak duk sengih sengih sambil suit suit orang perempuan yg lalu lalang kat tepi jalan tu kenapa? Awak ingat awak hemsem sangat ke nak suit suit orang dengan mulut yang berbau asap rokok tu? Dengan helmet tu mungkin awak nampak hemsem, cuba bukak helmet tengok. Abang Harun Salim Bachik lagi hemsem laaahhh.

Mesti lah saya hangin, pasai awak dah menghalang saya dari bertindak aktif dan pantas di tengah jalan. Saya nak potong awak pun tak buleh pasai awak perasan awak bawak motorboat, bawak sampai ke tengah. Bila saya dekat, awak perasan saya nak tekel awak. Hak tuih lah awak ni. Sekeh kang.

8 comments