Ibu Melur
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us
Hari ni basude Adik saya. Tadi malam bawak dia pegi makan KFC. Makan burger zinger crunch sambil bouncing bouncing. Konon tiru dalam iklan. Ketuk sekali baru diam. Tadi petang jugak dia pi amek ujian berkomputer untuk amek lesen. Nasib lulus, walau atas pagar jak. Janji lulus. Bak kata abah, ujian ni ujian paling susah. Kalau lulus ujian ni, nak amek lesen keretapi pun boleh. 

Semalam, bawak kucing pegi jumpa Doktor Haiwan (kot). Dia kasi ubat dan vitamin. Perghh. Hebat kucing zaman sekarang. siap ada supplement tersendiri. Saya yg manusia pun tadak amek vitamin. Eh, ada tapi tak telan telan pun. Tapi saya dan mak dan adik dan abang la jenuh nak paksa kasi dia telan sume tu. Ikutkan hati, mau amek gambau bersama Sang Adik dan Sang Kucing. Tapi, kamera tadak. Handpong pun dah berapa hari tak cas. Takdak bateri. Jadi, kalau ada kawan mahupun lawan, yg cuba menghubungi saya, tapi tak dapat. Paham paham la noks.
Tadi pagi pagi. Dengan berbekalkan muka tak mandi. Saya dan Si Adik. pegi ke EkonJaya, pegi beli barang mau mengelap lantai. Tetiba, terserempak dengan sorang mamat ni kat satu selekoh. Mamat ni dulu, masa kecik. saya selalu pow duit dia. 

Masa tu dalam umur 8-9 tahun. kami sama sama tunggu van, pegi sekolah. Masa tu sekolah petang lagi. Tunggu van kat pondok depan umah lama saya. Pasai apa saya suka pow duit dia, pasai saya tak puas hati. Kenape ayah dia kasi banyak sangat duit sekolah. 

So, gangsterism membuak buak dalam diri, tiap kali nak pegi sekolah. saya mesti pow duit dia. Dan kebetulan, mamat tu pun jenis lembik. Lagi la senang saya nak pow. Tak lama dulu, saya ada cerita hal ni kat Mak. Takda la kena marah, tapi lebih kurang kena marah la sebab tu anak kawan dia.

Tapi sampai sekarang pun mamat tu nampak lembik. rasa macam nak try pegi pow lagi sekali. Kah Kah Kah! 

*menggunakan kata ganti nama Saya akan membuatkan kita tampak lebih feminin walaupun jalan cerita sedikit ganas.
Dah! dah! dah! Sejak balik ni, takda lagi rasa nya perasaan gua boleh bersenang lenang. Mesti ada yg rasa nak bom sana.. bom sini.. tendang sana... tendang sini.. Dah! dah! dah! Kucing gua dah kene buang. Lepas satu, satu di buang. Ni lagi buat perasaan gua rasa nak bakar rumah sana.. bakar rumah sini... tumbuk pokok tu... tumbuk pokok ni... 

Dah! Dah! Dah! Tak sabar nak berjumpa dengan teman sejati kat Kolumpo. Mungkin itu boleh buat gua rasa hapi.. walau sikit.janji ada. Dah! Dah! Dah! Macam macam karenah manusia yg perlu gua hadapi. Dah! Dah! Dah!
Esok malam saya gerak balik kampung. Orang Parit, apa lagi. Bai bai la. Hahaha. Tak sabaq mau balik. Anak buah sedang menungguu. Walau Che Mat dah takda, tapi.. nak buat cane. T.T

Ye ye, saya tau. U lain suma dah lama cuti. Deme yang cuti pun mungkin dah bosan duk umah. Tapi, saya pedulik pa. Janji esok saya balik. kah kah kah! 

Oh ya, esok gerak naik bus. Jadi nya, semoga perjalanan lancar dan selamat. Bosan dah duk kat hostel ni. Rasa nak tendang orang. Suma nya nak cari pasai. Bosan betul. Okai. Bai bai
Gambar di save as dari Tumblr. Eh, sini blogspot ke Tumblr? Hahaha. tertukar pulak. Hahaha. *Hoi, kenapa hemsem sangat nih!
Sedih tak boleh jawab exam lagi sedih dari clash dengan Pakwe. Dia punya sedih, membawak bawak ke tido. sampai tak boleh tido. Sampai terlajak ke tengahari. Nasib baik selera makan tak terganggu, malah makin bertambah. 

Lu orang jangan cakap gua tak setadi. Gua punya stadi mengalahkan budak nak SPM esok. Soalan yg paling konfiden pun boleh salah. Overkonfiden kah? Rasa nak sekeh diri sendiri, tapi tak boleh. Nanti diri sendiri yg sakit. huhuhu.. Sedih sampai nak nangis, tapi nangis tu bukan style gua. Jadi nya, gua duduk diam diam dalam bilik, tengok drama Korea sambil makan Mcd. Lusa kang ada lagi satu paper. Dengan harapan, takda yang overkonfiden. Takda yang balik exam dengan rasa nak bakar semua kertas jawapan student.

Tadi fesbuking, tengok Kikuri tag notes pasai ni. Jadi nya, macam teringin mau buat, campur dengan bosan jugak nih. Dari tadi mengadap buku, kang ada yg sawan buku. Jadi nya, here we go!

1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.

2. For each question, press the next button to get your answer.

3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.

4. Tag friends. (tag me too)

5. Everyone tagged has to do the same thing.

6. Have Fun!


1) IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?

Unintended - Muse

2) WHAT WOULD BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?

Breakaway - Kelly Clarkson.

3) HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?

Oh Mandy - The Spinto Band

4) WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?

Behind Blue Eyes - Limp Bizkit (Blue Eyes only. Kih kih kih)

5) HOW DO YOU FEEL TODAY?

Heaven Help Us- My Chemical Romance

6) WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?

Lying Is The Most Fun a Girl Can Have Without Taking Her Clothes Off - Panic! At The Disco. (Pehh...)

7) WHAT'S YOUR MOTTO?

If You Only Knew - Gil ft The Moffatts ( nostalgia sungguh...)

8) WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?

I'll Be There For U - The Moffatts (Nostalgia juak...)

9) WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?

Stand By Me - Shinee

10) WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?

Lonely Day - System Of A Down ( lonely day... T.T)

11) WHAT IS 2 + 2?

La La Land - Demi Lovato

12) WHAT DO YOU THINK OF YOUR EX BOY/GIRL/BEST FRIEND?

Dirty Little Secret - The All American Rejects ( i'll keep u my dirty little secret.. lalalala..)

13) WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?

Thing i'll Never Say - Avril Lavigne. (kah kah kah.. pandai pulok Media Player nih menjawab.)

14) WHAT IS YOUR LIFE STORY?

Where is the Love - Black Eyed Peas ft Justin Timberlake (searching for love? cess.. sekolah tak abes lagi. huh!)

15) WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?

Harmonia - OST Naruto ( When I grow up.. I wanna be famous, I wanna be a star, I wanna be in movies)

16) WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?

Mockingbird - Eminem

17) WHAT WILL YOU DO AT YOUR WEDDING?

Aizdean - Hadiah ( Apa yg hadiah pun tak tau, satu patah pun tak paham. Lagu jepun, tajuk BM. Malaysian. Terbaik ah Din!)

18) WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR WEDDING?

When Its Over - Sugar Ray

19) WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST??

Soldier Side - System Of A Down

20) WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?

Mama Do - Pixie Lott ( Mak saya garang, kalau degil.. huhuhu)

21) WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?

Love - CN Blue :))

22) WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?

Lovebug - Jonas

23) WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?

Summer Boy - Lady Gaga (Hai Summer Boy, Summer Girl? HAHAHA)

24) WHAT'S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?

When I look At You - Miley Cyrus ( jangan macam macam sama wa...)

25) WHAT IS THE ONE THING YOU REGRET?

Last of The American Girl - Green Day

26) WHAT MAKES YOU LAUGH?

She's Like Heroin - System Of A Down

27) WHAT MAKES YOU CRY?

Dead On Arrival - Fall Out Boy

28) WILL YOU EVER GET MARRIED?

Analyse - The Cranberries ( kah kah kah... Cuba la analyse wehh.. Hahaha)

29) WHAT SCARES YOU THE MOST?

Letterbomb - Green Day ( Should be Allahu by Raihan.. huhu)

30) DOES ANYONE LIKE YOU?

Boys and Girl - Pixie Lott (Pehh.. Media Player aku ni spesis bijok rupanya...)

31) IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU CHANGE?

Fighting Dreamer - OST Naruto ( Yep.. I love anime. huhuhu)

32) WHAT HURTS RIGHT NOW?

Even in Death - Evanescence (insaf....)

33) WHAT WOULD YOU WANT TO SAY TO THE PERSON WHO TAGGED YOU?

Back to the start - Lily Allen ( Back to the start, Kikuri! hehe. )

34) WHAT WILL YOU NAME THIS NOTE?

10 Minutes - Lee Hyori (its only took 10 minutes to answer all of this..)

Hah.. dah la tu, sambung setadi pulok!

.

Hai? Nama saya Che Mat. saya seekor kucing. Dulu saya spesis kucing kurap. Dah la berkurap, takda bulu, ada katarak mata lagi. Tapi sekarang tak berkurap lagi. Semasa berkurap, saya kurus keding gilak. Biasa la, mana ada kucing kurap yg gemuk.

Setelah dah takda kurap, saya senang hati, badan pun naik. Tapi baru baru ni saya dah kurus balik pasai saya kena tumbuk-tendang dengan kucing jantan yg lain, dan akhirnya kena gigit kat lengan(?). Jadinya, selera makan saya makin berkurang. tengok ikan goreng pun takda selera. hasilnya saya menjadi makin kurus. Sekian, terima kasih.
Lama gila tak update. Rasa macam pelik pulak nak menaip kat sini. Perasaan macam pertama kali keluar dating dengan Pakwe. Hahaha. Esok lusa dah nak raya haji, Esok lusa lepas raya haji dah nak kene mengadap final exam pulak. Sekolah lain sume dah abes exam, sekolah saya baru nak start exam. Mungkin sekolah saya mengamalkan prinsip Biar Lambat Asalkan Selamat. Dengan harapan, result saya sem ni pun selamat la.

Raya kali ni saya akan bizi menjaga anak buah. Ye, 2 minggu lepas kucing saya selamat melahirkan 3 ekor anak. Tengah malam gitu la kot dorang lahir. Bapak nya tak diketahui sapa. Walaupun begitu, saya sebagai manusia akan tetap menyokong kucing saya yang dah jadi ibu kucing tunggal. Gambo baby beliau, takdapat nak dipaparkan lagi. Sebab, baby beliau masih kecik. Mata pun tak bukak lagi. Ibunya pun masih lagi bawah umur, muda lagi. Muda muda dah gatai. haish~ 

Sekian, terima kasih.
Haip. Rasanya walau tak abes lagi bulan september tapi macam macam benda best dah berlaku dalam bulan september. Paling no satu adalah Hari Raya Aidil Fitri, memang best la pasai buleh makan banyak banyak. Kunyah biskut raya 24 jam, kalau tak tido. Tapi raya kali ni macam tak best sangat. Hurmm.. bukan macam tapi memang tak best. Tapi takpa, janji raya. 

21 September haritu pulak saya kena simbah dengan air berbaldi baldi dan bergayung gayung. Itu pun bab kena calit kek, abis busuk gilak rambut. Apa kebenda dorang taruk dalam kek tu pun tak tau lah, busuk gilak gilak. 

Dan Jumaat lepas, pegi camping kat Mersing. 3 hari 2 malam. Memang adventure plus thriller. Thriller pasai kena masuk hutan tengah tengah malam di bawah bulan purnama. Macam macam benda yg nampak dan dengar. Tapi takyah cite la, ni bukan blog misteri nusantara pun. Kang cite kang ada yg dah tak nak masuk kat blog ni. 

Dan yang paling tak best adalah Test 2. Yaitu, esok lusa. Khamis ni dah start test untuk subjek Control System, dan esoknya, Jumaat test Math Eng. Haih. Ucapkan saya Good Luck and Good Look! Okai, sambung study!
Sebenarnya saya pun tak tau, tak pasti pasal mende mende love ni. Tak reti, seriusly. Tapi saya pernah la couple dengan sorang budak ni. Dia memang budak, pasai dia muda 2 tahun dari saya. Tapi masa tu, saya memang tak kisah langsung pasai umur pasai orang selalu cakap saya ni macam budak.

Sekarang, agak kisah sikit. Sebab orang selalu cakap saya nampak tua. Sebenarnya jugak saya pun tak pasti sama ada betul ke saya couple dengan budak tu, pasai kami masing masing macam tak kisah sangat. 

Tapi petang petang selalu dating kat sekolah sampai kantoi dengan Pak Guard. Masa tu rasa best jugak ada pakwe ni. Dah la hemsem, pandai. Memang terbaik lah. tapi, betul ke dia pakwe saya? Pasai dia kadang pun ada cerita pasai budak perempuan kelas dia kat saya. Bukan ke kalau pakwe makwe, dorang takkan cerita pasai perempuan lain kat makwe dia? Dia tak tau ke orang perempuan ni ada rasa jealous dalam diri?

Disebabkan kekonfiusan yg melanda diri, saya menarik diri dari hubungan yang tak pasti. Sayang memang sayang. Lagi sayang bila dia datang jumpa dengan muka yang sedih. Ingatkan dia tak kisah kalau saya mintak putus. Lagi sayang bila dia kata saya hapi boleh putus dengan dia. Padahal dia tak tau saya 40 kali ganda lagi sedih dari dia. Dah tu, tak kan nak menangis melalak. Gua sempoi, rilek rilek je la. Tapi lagi sayang bila tau dia dah ada pengganti. Kih kih kih 

Apesal gua rasa macam gua ni minah jiwang leleh tahap gaban nih!
Ini kali pertama saya berpuasa kat Batu Pahat, dengan suasana baru. dengan kawan baru. Bazar ramadhan pun baru. Semua nya baru. Puasa yg lepas, saya berpuasa sepenuhnya kat rumah. Pasai masa tu dah abis belaja. hoho! Tapi apa kabar gamaknya ma kat rumah. Sahur masak apa? Berbuka masak apa? Kuih muih beli kat mana? Sapa yg beli? haih. 

Saya kat sini, sedap ja berbuka dengan nasi ayam berempah. Laksa penang, kebab daging sama burger entah apa apa. Semalam, pegi terawih kat dewan hostel. Before pegi, mesej ma dulu tanya pegi terawih ke tak. Ma reply "tak tau la." Oh sedih bukan kepalang. Dulu dulu, ma selalu pegi dengan kerete. Tapi sejak tangan dah patah, dah tak buleh drive. Jadinya, semoga tangan ma sembuh sepenuhnya dengan cepat. Nanti raya, boleh raya dengan gumbira. Amin.
Baru saja pulang dari menghadiri Kem Motivasi kat Bukit Beruang, Melaka. Ternyata memang takda beruang tapi yang ada, mat rempit, merempit kat depan Mcd. Beruang dgn mat rempit totally berbeza sebab mat rempit lebih kepada .................... 

Rasanya dah lama gilak tak join aktiviti kem motivasi ni, last sekali masa form 5 kot. Tapi, kem kali ni paling best. Maybe sebab sempoi gilak. tak terikat dengan jadual, tentatif program pun takda. Kejap kejap makan, minum. Walau menu air nya sama je tapi takpa, service bagus. pekeja pun hemsem. apa lagi yg perlu?

Fasi kali ni memang best, Encik Syed Abd Aziz & Uncle Dan. Kot sapa ada yg kenal, mesti tau betapa sempoi, rock & best nya dorang. Dorang ajar cara nak potong pensil guna kertas, memang pelik. memang ramai yg dapat buat. tapi bila kita sendiri boleh buat, rasa macam superman pun ada. Then, ada battle War Dance. Memang best dan kelakau dan hip. Tapi, balik balik je dah kena pikir pasai test. Hujung minggu ni dah start test. Tapi takpa, buat test elok elok, kang kasi hadiah tiket wayang buat diri sendiri.
Minggu depan dah nak stat kelas balik. Tapi, walau belum masuk semester baru. saya dah ada plan yg tersendiri. Tu yg buat tak sabaq nak pegi sana. hoho! Sedar tak sedar, dah abis satu sem saya kat UTHM. Harapnya, semester baru nanti semua nya berjalan dengan lancar.

Okai, sepanjang 1 semester kat sana macam macam benda baru yg dah saya belajar, belajar cara kehidupan kat universiti, belajar pasai kehidupan orang Parit Raja. Saya jugak dapat kawan baru yg sempoi-poi-poi-poi. hoho! Awal awal dulu, rasa jugak fedup, boring, bosan. Boring memang boring, tapi kalau dilayankan rasa boring tu. sampai bila pun akan boring.

Lagi pula, lagi berapa tahun mau kat sana. So, pandai pandai lah cari sesuatu yg boleh menyahkan rasa boring tu. Ye dok? Lagi pula, kalau petang petang, macam macam benda boleh main. Kayak ada, golf ada, badminton ada. Kalau nak bina otot besar macam Malik Nur, gimnasium pun ada. tapi saya tak pernah pegi pun. Haha. Kayak, golf ada jugak try. Tapi selalu nya, saya akan pegi bermesyuarat kat tepi hostel dengan kawan kawan. Bincangkan mengenai masalah sosial dan masalah sekolah. Kadang, ada jugak masuk ke ruangan Luahan Isi Hati. Yelah, masing masing rindu kat kampung masing masing. Oh ya, buat teman teman yg baru daftar kat sana, welcome to UTHM. hihi

 
Tet Tet Tet.. (Bunyi mesej masuk) 

"Macam mana nak goreng ayam yang beku? full description pls!"

Tunggu la cair dulu ngok!

"Kunyit macam mana. eh, ayam simpan kat mana?"

Bila mak patah tangan, baru lah tau langit tu tinggi ke rendah, ye dok? Buat anak anak lelaki kat luar sana. Kalau setakat belajar masak, takkan buat korang jadi dayus. Apa lagi jadi Auwww...
Sejak dua menjak ni, saya rasa saya jumpa bermacam ragam perangai manusia yang tak pernah saya jumpa. Mungkin dulu dah jumpa, tapi saya tak amek peduli. Tapi bila dah jadi kat diri sendiri, baru lah nak peduli. Pasai baru sedar. baru ada rasa sakit hati. 

Tengok makcik makcik, tak semestinya dorang tu berperangai elok. Walau dorang dah meningkat dewasa, tak semestinya dorang tu matang dalam sume hal. Kadang, kita yg muda lagi elok dan rasional dari dorang. Makcik makcik ni kelakar juga kalau dorang buat perangai. Matang tak diukur dengan umur, tak juga dengan janggut. Tak punya janggut tak semestinya tak matang, punya janggut juga tak semestinya matang.

Salah ke kalau kita tegur dorang, yg lagi tua dari kita. Kalau dorang betul salah, tak salah kan? Tapi, tak ke kurang ajar nama nya? Tapi, kalau tak tegur. Makin teruk jadinya. Kalau tegur, mengguris hati pulak. Lagi susah kalau yang ditegur tu punya ego yg amat tinggi. Silap hari bulan, buleh kena sumpah jadi pokok. 

Cuti tinggal lagi sebulah setengah. Lama gilak. Bosan dah pun. Harap, makcik makcik pakcik pakcik tak buat saya bertambah bosan dan gilak. Esok, saya dan makcik pakcik akan berombongan pengantin ke Kedah. Ohya, Selamat Pengantin Baru buat akak dan abang Bob. Moga, kekal bahagia ke akhir hayat.
Tiga paper dah lepas. Lepas dengan kekecewaan. Takpa, biar je lah. Memang soalan tu mengarut, susah gilak *jaga hati diri sendiri.*

Lagi tiga paper mau ngadap. Apa pun, wish me luck. Degree and diploma. totally different. Universiti dengan Politeknik. totally different.

Tapi kalau saya rajin, berusaha, bersemangat, tak ponteng kelas. Takkan jadi macam ni kot. Jadinya, jangan salah kan pihak lain. Salahkan diri sendiri yg memang pemalaih. =.="
"Eh, Mohd Nur? kenapa nama kau ada 'Nur'? ada 'Nur', macam perempuan. Hahaha!"

"Nama kau ada 'Nur'?"

"Takda, "Siti' ada lah."

"Nama kau takda 'Nur', macam laki. Hahaha!!"
Hari semalam semalam yang lepas, jalan raya dah mula basah balik. Musim panas dah nak habis shift kot, itu pasai hujan dah mula masuk keja. asyik turun saja. dan hampir hari hari juga lah saya kena hujan. Pasai saya bermotosikal pinjam, ke hulu ke hilir. dengan kawan baru, Kak Ada.

Hari semalam, hujan lagi. Beza nya dengan hari semalam semalam. Saya tak basah. Pasai saya dalam kerete. Duduk belakang, tapi bukan bos. dan saya tak reti drive. Ada lesen tak bermakna tau drive. Kadang, saja amek lesen. Kasi cukup syarat. Tapi saya tak mau cerita pasai lesen, walau saya dah tercerita sedikit tapi takpa.

Ok.

Di satu simpang jalan, ada kerete sama kerete. kemalangan. tapi tak kemek. Biasa lah, musim hujan gini, kemalangan memang senang nak berlaku. dan bergaduh kat tempat kemalangan juga satu perkara yg biasa. Haih
.
Pakcik, patutnya bersyukur pasai tak kemalangan teruk, nyaris saja. Kerete pun tak kemek, takda kena keluar duit buat repair apa patut. Kalau kepala pakcik yang kemek macam mana? dan pakcik, saya malu lah tengok pakcik. sudah senja pun gaduh gaduh kat tepi jalan. Marah marah. tuding tuding jari. Haih. bikin malu sama budak aje lah pakcik ni. Cool la sikit pakcik!
Barusan tadi saya ada test matematik. Perasaan berhadapan dengan test ni, lagi teruk dari rasa bergaduh dengan pakwe. Kalau matematik tu satu bola, memang saya dah sepak dia sampai ke bulan. biar dia terapung kat sana sebuah sebuah. Hoho

Tapi takpa, nasi goreng pataya tadi dah berjaya buat saya kembali tenang dan bahagia. walau tak berapa nak sedap, tapi takpa. janji kenyang. Lagi pula, lagi berapa hari lagi, mau test lain pulak. Bosan betul jadi pelajar ni, asyik menjawap test aje keje nya. Haih

Tapi kalau tak belajar, takdak orang mau amek saya keja. huhu. Sudah lah, Selamat jalan romiyo!
Hai Ho.

Lama gilak tak update. Tapi takpa, ini update untuk kali ini yaitu Majelis konvokesyen. hoho~ Konvo untuk diploma. Kat sekolah lama. Lama tak lama, dah setahun jugak lah saya dah berenti sekolah. Sampaikan jalan nak ke stesen bus kat sana pun ingat ingat lupa. Hoho. Macam biasa, tambah gambaq untuk kasi nampak entri ni panjang lebar banyak, taktik bersih.


pingat lompat jauh.


tapi agak terkilan sebab tak sempat bergambar dengan budak budak kelas. pasai kami lebih mementingkan perut dari gambar. Mau nya tak lapaq, dari pagi tak makan. Juga, ada rindu yang tak lepas. haih~
Hari ni, saya ke kelinik sekolah buat kali kedua. Dan, selain dari ubat free, saya juga dapat banyak nasihat free, dan bebelan free dari dokto, akak misi dan akak ubat. Tapi kalau nak check darah kena bayar, benci betul.
Ingat kan, cuti cuti ni. buleh la saya bersenang lenang sambil menonton drama korea pakai orang hemsem. Tapi hampeh. Banyak pula masalah nya. Dari masalah luaran ke masalah dalaman. Harap tak naik gila la. Turun gila, hurm.. tak kot. Keja sekolah apa pun tak berusik lagi. Lantak lah kome. Sapa suruh kasi keja sekolah time orang nak cuti. Selamat bercuti la kita, eh. kome yang keja, keja aje lah. ini untuk para murid yang cuti seminggu macam saya aje. Hoho!

*Rasa macam nak pegi pantai ja. Haih.
Subuh ahad nanti, saya akan berada ditepi jalan Jerteh-KotaBharu. Depan masjid, tunggu mak atau abah datang amek. Sampai kat rumah, borak dengan mak sikit. Lepas tu sambung tidoq.

Pagi ahad nanti, bangun pagi saya akan lebih segar. Dengan katil yang empuk. Bantal banyak. Kipas speed nombor 3, straight menghala ke muka. Mungkin juga, bangun saya pagi tu kucing yang kejutkan. Waah Ahad pagi nanti, saya tak perlu berebut toilet. Pasai saya ja yg guna. Tak perlu kongsi sampai 8 orang satu bilik mandi.

Pagi tu juga, saya buleh menontivi sambil makan nasi. sambil tukar banyak channel. Sambil kasi kucing makan. bangun awal, buleh juga saya menonton Melodi.

Apa pun, kita yang merancang, tuhan yg menentukan. Harapnya, segalanya berjalan mengikut rancangan lah. Apa pun lagi, Ma, Abah, adik, sabtu malam ni saya balik. Hoho!
Hari ni dapat durian runtuh. Tapi tak seruntuh masa kat poli. Hohoho. Okai, apa apa pun, bayar bil broadbang-ong dulu. Walau kat sini ada perkhidmatan wifi tapi rasa nya guna broadbang lagi syok. Pasai kadang, wifi sini suka buat kita menyumpah seranah semua benda. Lagi pula, wifi sini dah block blog saya. Hampeh le kome nih.

Hari ni juga, saya dapat satu taklimat free dari seorang foreign student. Dia suruh saya rajin rajin lah menegur foreign student kat sini, untuk meng-improve-kan english saya. Masa tu, rasa macam nak hantar dia balik ke Afrika ja. Walau muet saya cukup lepas syarat untuk drop subjek english, tapi saya tau nyanyi lagu System of a Down.

Eleh. Macam lah saya tak tau. Padahal nya dia sunyi, takda kawan. takda orang mau tegur dia. Dah la sebut nama orang pun salah. Farhana lah, bukan farhenna. ceh.
Satu petang yg hening di satu pasaraya.

"Adik, mari. Cuba megi baru kami. Takda ajinamoto. Takda lemak. Bagus ni."

"oh. takda ajinamoto, takda lemak. macam pelik je. Megi bukan ke kaya dengan ajinamoto dan lemak. Takda ajinamoto, lemak. bukan megi namanya."

"ini megi baru punya, try lah. Ramai yg dah beli ni. Sedap dik."

"err.. ni perisa apa kak?"

"untuk try, kami buat perisa ayam ja."

"alah, saya tak suka perisa ayam, buat perisa lain buleh tak? Tomiyam ke. Baru lah sedap"

"adik nak beli ke?"

"Taknak. tapi saya nak makan yg akak duk cedok cedok tu. Saya lapar." 

...............................................................................................................................................................

Terima kasih kepada akak megi, kerana sudi membelanja saya satu mangkuk kecik penuh dengan megi. Akak telah menyelamatkan saya, dari mati akibat kelaparan. Lain kali, saya beli megi akak ya.
Takdak guna rindu pada orang yang takmau rindu kita. Baik kita rindu pada orang pastinya rindu kita. Mak Abah pastinya. Susah gila bila orang tak paham keadaan kita. Susah bila berhadapan dengan orang yang suka main lari larian. Saya bukan mau main tarik tali, tapi situasi saya buat saya terpaksa lepaskan tali dan kadang tarik balik sebab tak mau terlepas jauh.

Bila dah jadi gini, satu saja statement yg buleh digunapakai. Tak serasi. Awak tak paham saya dan saya tak paham awak. Okai fine, disebabkan saya seorang yang rock. Saya biar aje awak pegi sambil saya stadi secara hardrock pasai exam lagi berapa hari saja. Pokok atas bukit tu pun dah kering. Bunga dalam jantung pun dah kering. Takda orang nak siram. 

Seminggu dua ni saya rasa saya tak berapa nak rock. Kawan pun cakap saya jiwang. Hampeh ko Ayuni. Takpa takpa. At least aku ada ko.
Dekat fakulti, ada satu kafe. dalam satu kafe, ada 3 kedai makan. satu, untuk chinese, satu, mamak. dan satu 1 malaysia punya kedai. Sume kaum boleh makan. Macam biasa, saya memang pilih kedai 1 malaysia tu. Kedai Mamak, ikut mood. Kalau rasa nak ber-roti canai baru pegi. Nak pilih makan nasi kat situ, tak berapa nak kena dengan selera saya. Saya lagi suka makan kat kedai orang siam. dorang punya tomiyam, tip to the top. Hoho. 

Tapi, macam biasa. Tiap kali ke kedai 1 malaysia tu, saya mesti marah marah, hangen satu badan. rasa nak mengamuk. nak terbalik kan meja. Pasai apa? pasai orang kedai 1 malaysia suka caj harga mengikut paras rupa. Pasai apa? pasai dorang adalah lelaki yang gatal dan mengada dan perasan.

Tiap kali ke kedai tu, misti rasa nak tikam orang dari tepi. Rasa nak bakar rambut dia yang kaler perang tompok tompok. Dah macam kucing kat belakang rumah saya. Macam biasa, saya memang kena caj mahal. Amek nasi putih dengan ayam sikit pun dah kena rm3. Kawan saya yg cun, kena rm2 saja. Before kasi harga, dorang berunding kat tepi meja dulu. Berbincang tahap kecomelan pelanggan dulu. Tak comel macam saya, mahal. Comel macam kawan saya, murah. Masa tu, rasa nak maki maki je. sambil amek straw dan tisu banyak banyak.

Macam biasa juga, tadi saya kena caj mahal. Sambil marah, saya makan nasi. Makan pun, takda rasa nikmat. Sebab hati tengah membara. sambil mengunyah, sambil saya marah dalam hati. Sambil mengunyah, sambil saya terjumpa pasir dalam nasi. Before tu, kawan saya jumpa lalat dalam ayam. Minggu lepas, jumpa ulat dalam sayur. Apa lagi, api yang membara terus merebak ke tangan. Saya pegi basuh tangan. Buat muka ketat, jumpa dorang. Saya marah dia, sambil amik tisu banyak banyak. Jangan harap saya nak ke kedai tu lagi. Baik pegi kedai mamak, murah dengan senyuman. Walau dengan saya, yang tak lawa ni. Huh.
Satu punca sebab utama kenapa saya dah lama tak update blog adalah pasai wifi kat sekolah saya tak kasi saya bukak blog saya, kena block. Dengan alasan, blog saya mengandungi unsur unsur 18SX. 18SX tang mana, saya pun tak tau. Serasa saya, blog saya jauh dari unsur unsur 18SX mahu pun 18SZ, tontonan umum adalah.

Tapi takpa, yang penting malam ni saya dah buleh update, pasai saya guna broadband saya. Jangan tanya kenapa saya tak pakai je broadband tu kalau nak update blog. Paham paham je lah kenapa, ya itu saya bizi. Bizi sampai ke tua.

Last week, saya dah setelkan hal ptptn. Harapnya dah setel la, saya terpaksa berlakon menjadi seorang yg sweet dan innocent. Semata mata nak amek hati abang penyemak dokumen. Kalau ada yang tak berkenan dihati abang tu, dia suruh buat yang lain. Gila cerewet juga dorang ni. Siap kasi warning nak lemparkan sume dokumen kat muka, kalau ada benda yg lupa nak tulis, tarikh contohnya.

Saya, tak sabau tunggu raya cina. Pasai mau balik rumah. Ada mak, ada kucing. Rindan amat nih. Tapi before cuti raya cina, ada test kena jawap. Berdebau juga rasanya. Tapi saya berlagak seperti Mat Kool. Ho Yeah. Tajuk entri tu adalah sepontan. Sebab tak tau nak kasi tajuk apa, dalam masa yg sama saya tertengok handpon nokiya buruk. Jadi nya, Nokiya Buruk. Sekian.
Kepada akak, akak, abang abang yang promote bisnes masing masing kat chatbox saya. Terima kasih kerana sudi mengiklankan iklan bisnes anda. Buat letih ja taip link dan iklan segala bagai. Ada masa, saya jenguk jenguk. Tapi selalu nya saya takda masa. Masa saya banyak habis dengan makan, sambil borak. sambil stadi (tipu) sambil bermesejan, sambil berfesbuk. 

Kepada Black, saya tau awak akan menang. Walau ada orang yang lawa kiut putih gebu comel kata awak tak hemsem, tak layak. tapi saya suka awak. Lagi pula Kita sama sama black, jom kita buat Geng Black. Amacam? Kepada cikgu cikgu, buleh tak jangan suka tukar tukar jadual kelas. Sebab jadual saya lagi pack dari jadual cikgu. Boleh tak, cikgu?
Berdasarkan entri lepas lepas. Saya banyak mengamuk. Tapi biasa lah, mana ada orang tak mengamuk. Misti ada punya sikit sikit, sipi sipi rasa tak puas hati dengan orang. Kalau tak ada juga, berkemungkinan besar orang tu ada sakit organ dalaman. tak sakit organ, sakit jiwa. pasai dah hipokrit. hoho

Esok nak kena cari dapur. Mau panaskan otak. Kasi cair. Dah beku amat. dah lama tak belajaq kot kan, semua dah lupa. Lagi pula, belajaq elektronik masa semester satu dua tiga. Yaitu dua tahun lepas. Mana nak ingat balik. Kalau dalam freezer, memori tang elektronik tu ada kat bawah sekali. Nak korek, amatlah susah. Nak kena guna senduk kayu, cucuk cucuk. Paham ke idak ni? Sekeh kang.

**sekarang, rasa nak mengamuk. Macam mana buleh dalam sistem, dorang buat gua tak daftar subjek. Tak tau nak salahkan sapa. Gua dah hantar borang pendaftaran subjek kat dorang, by hand lagi. Ke nak by feet? Ada jugak yg kena sekeh ni.
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Previously known as Farhanalicious but today, I am Ibu Melur.

Categories

Camping Heart Feeling Jalan Jalan Kehidupan Seorang Pelajar Mak Mak Makan Makan Melur Membebel Merepek Outdoor Parenting Pregnancy Review Santai Sharing Traveller

Follow Us

  • BabyMommyStore
  • Instagram

Latest Post

Followers

Total Pageviews

Search This Blog

Pages

  • HOME
  • DISCLAIMER

Blog Archive

  • ►  2022 (2)
    • ►  March (2)
  • ►  2021 (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (23)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (7)
  • ►  2011 (39)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ▼  2010 (31)
    • ▼  December (6)
      • Hapi Basude to Adik
      • Boom Boom Pow
      • Dah! Dah! Dah!
      • Hoi Orang Kampung!
      • Kah Kah Kah!!
      • Baby are you down down down... T.T
    • ►  November (3)
      • 10 Minutes
      • Gemuk Kurus
      • Selamat Bakal Berhari Raya Korban
    • ►  September (2)
      • September
      • First Love
    • ►  August (2)
      • Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan
      • It's Been A While
    • ►  July (1)
      • Semester Baru
    • ►  June (2)
      • Mesej Yang Ku Terima
      • Selamat Pengantin Baru, Asna
    • ►  April (3)
      • Final Exam
      • Nur dan Siti
      • Hujan
    • ►  March (3)
      • Pekerjaan : Pelajar
      • Konvakasyem
      • Pendek
    • ►  February (5)
      • Selamat Bercuti Seminggu
      • Ahad
      • Satu berita Gembira tak Mampu membungakan hatiku y...
      • Automatis
      • Nota Jiwang 2010
    • ►  January (4)
      • Jangan Harap Lah Luorang Buleh Kaya. Heh!
      • Nokiya Buruk
      • Kepada Mu Ku Tulis Isi Hati Ku Di Atas Resit Slip ...
      • Amukan Sejurus Amukan
  • ►  2009 (77)
    • ►  December (9)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (7)
    • ►  January (13)
  • ►  2008 (34)
    • ►  December (11)
    • ►  November (11)
    • ►  October (8)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)

Popular Posts

  • Provider Yang Melampau
  • Camping dan Piknik di Hulu Langat dengan Bayaran Seikhlas Hati
  • Macam Mana Saya Jadi Dropship Buku dan Mainan Kanak Kanak

My Blog List

Copyright © Ibu Melur. Designed & Developed by OddThemes