Jangan Harap Lah Luorang Buleh Kaya. Heh!

Dekat fakulti, ada satu kafe. dalam satu kafe, ada 3 kedai makan. satu, untuk chinese, satu, mamak. dan satu 1 malaysia punya kedai. Sume kaum boleh makan. Macam biasa, saya memang pilih kedai 1 malaysia tu. Kedai Mamak, ikut mood. Kalau rasa nak ber-roti canai baru pegi. Nak pilih makan nasi kat situ, tak berapa nak kena dengan selera saya. Saya lagi suka makan kat kedai orang siam. dorang punya tomiyam, tip to the top. Hoho. 

Tapi, macam biasa. Tiap kali ke kedai 1 malaysia tu, saya mesti marah marah, hangen satu badan. rasa nak mengamuk. nak terbalik kan meja. Pasai apa? pasai orang kedai 1 malaysia suka caj harga mengikut paras rupa. Pasai apa? pasai dorang adalah lelaki yang gatal dan mengada dan perasan.

Tiap kali ke kedai tu, misti rasa nak tikam orang dari tepi. Rasa nak bakar rambut dia yang kaler perang tompok tompok. Dah macam kucing kat belakang rumah saya. Macam biasa, saya memang kena caj mahal. Amek nasi putih dengan ayam sikit pun dah kena rm3. Kawan saya yg cun, kena rm2 saja. Before kasi harga, dorang berunding kat tepi meja dulu. Berbincang tahap kecomelan pelanggan dulu. Tak comel macam saya, mahal. Comel macam kawan saya, murah. Masa tu, rasa nak maki maki je. sambil amek straw dan tisu banyak banyak.

Macam biasa juga, tadi saya kena caj mahal. Sambil marah, saya makan nasi. Makan pun, takda rasa nikmat. Sebab hati tengah membara. sambil mengunyah, sambil saya marah dalam hati. Sambil mengunyah, sambil saya terjumpa pasir dalam nasi. Before tu, kawan saya jumpa lalat dalam ayam. Minggu lepas, jumpa ulat dalam sayur. Apa lagi, api yang membara terus merebak ke tangan. Saya pegi basuh tangan. Buat muka ketat, jumpa dorang. Saya marah dia, sambil amik tisu banyak banyak. Jangan harap saya nak ke kedai tu lagi. Baik pegi kedai mamak, murah dengan senyuman. Walau dengan saya, yang tak lawa ni. Huh.

11 comments