Nokiya Buruk

Satu punca sebab utama kenapa saya dah lama tak update blog adalah pasai wifi kat sekolah saya tak kasi saya bukak blog saya, kena block. Dengan alasan, blog saya mengandungi unsur unsur 18SX. 18SX tang mana, saya pun tak tau. Serasa saya, blog saya jauh dari unsur unsur 18SX mahu pun 18SZ, tontonan umum adalah.

Tapi takpa, yang penting malam ni saya dah buleh update, pasai saya guna broadband saya. Jangan tanya kenapa saya tak pakai je broadband tu kalau nak update blog. Paham paham je lah kenapa, ya itu saya bizi. Bizi sampai ke tua.

Last week, saya dah setelkan hal ptptn. Harapnya dah setel la, saya terpaksa berlakon menjadi seorang yg sweet dan innocent. Semata mata nak amek hati abang penyemak dokumen. Kalau ada yang tak berkenan dihati abang tu, dia suruh buat yang lain. Gila cerewet juga dorang ni. Siap kasi warning nak lemparkan sume dokumen kat muka, kalau ada benda yg lupa nak tulis, tarikh contohnya.

Saya, tak sabau tunggu raya cina. Pasai mau balik rumah. Ada mak, ada kucing. Rindan amat nih. Tapi before cuti raya cina, ada test kena jawap. Berdebau juga rasanya. Tapi saya berlagak seperti Mat Kool. Ho Yeah. Tajuk entri tu adalah sepontan. Sebab tak tau nak kasi tajuk apa, dalam masa yg sama saya tertengok handpon nokiya buruk. Jadi nya, Nokiya Buruk. Sekian.

7 comments