Ahad

Subuh ahad nanti, saya akan berada ditepi jalan Jerteh-KotaBharu. Depan masjid, tunggu mak atau abah datang amek. Sampai kat rumah, borak dengan mak sikit. Lepas tu sambung tidoq.

Pagi ahad nanti, bangun pagi saya akan lebih segar. Dengan katil yang empuk. Bantal banyak. Kipas speed nombor 3, straight menghala ke muka. Mungkin juga, bangun saya pagi tu kucing yang kejutkan. Waah Ahad pagi nanti, saya tak perlu berebut toilet. Pasai saya ja yg guna. Tak perlu kongsi sampai 8 orang satu bilik mandi.

Pagi tu juga, saya buleh menontivi sambil makan nasi. sambil tukar banyak channel. Sambil kasi kucing makan. bangun awal, buleh juga saya menonton Melodi.

Apa pun, kita yang merancang, tuhan yg menentukan. Harapnya, segalanya berjalan mengikut rancangan lah. Apa pun lagi, Ma, Abah, adik, sabtu malam ni saya balik. Hoho!

4 comments