Automatis

Satu petang yg hening di satu pasaraya.

"Adik, mari. Cuba megi baru kami. Takda ajinamoto. Takda lemak. Bagus ni."

"oh. takda ajinamoto, takda lemak. macam pelik je. Megi bukan ke kaya dengan ajinamoto dan lemak. Takda ajinamoto, lemak. bukan megi namanya."

"ini megi baru punya, try lah. Ramai yg dah beli ni. Sedap dik."

"err.. ni perisa apa kak?"

"untuk try, kami buat perisa ayam ja."

"alah, saya tak suka perisa ayam, buat perisa lain buleh tak? Tomiyam ke. Baru lah sedap"

"adik nak beli ke?"

"Taknak. tapi saya nak makan yg akak duk cedok cedok tu. Saya lapar." 

...............................................................................................................................................................

Terima kasih kepada akak megi, kerana sudi membelanja saya satu mangkuk kecik penuh dengan megi. Akak telah menyelamatkan saya, dari mati akibat kelaparan. Lain kali, saya beli megi akak ya.

5 comments