Hujan

Hari semalam semalam yang lepas, jalan raya dah mula basah balik. Musim panas dah nak habis shift kot, itu pasai hujan dah mula masuk keja. asyik turun saja. dan hampir hari hari juga lah saya kena hujan. Pasai saya bermotosikal pinjam, ke hulu ke hilir. dengan kawan baru, Kak Ada.

Hari semalam, hujan lagi. Beza nya dengan hari semalam semalam. Saya tak basah. Pasai saya dalam kerete. Duduk belakang, tapi bukan bos. dan saya tak reti drive. Ada lesen tak bermakna tau drive. Kadang, saja amek lesen. Kasi cukup syarat. Tapi saya tak mau cerita pasai lesen, walau saya dah tercerita sedikit tapi takpa.

Ok.

Di satu simpang jalan, ada kerete sama kerete. kemalangan. tapi tak kemek. Biasa lah, musim hujan gini, kemalangan memang senang nak berlaku. dan bergaduh kat tempat kemalangan juga satu perkara yg biasa. Haih
.
Pakcik, patutnya bersyukur pasai tak kemalangan teruk, nyaris saja. Kerete pun tak kemek, takda kena keluar duit buat repair apa patut. Kalau kepala pakcik yang kemek macam mana? dan pakcik, saya malu lah tengok pakcik. sudah senja pun gaduh gaduh kat tepi jalan. Marah marah. tuding tuding jari. Haih. bikin malu sama budak aje lah pakcik ni. Cool la sikit pakcik!

7 comments