Selamat Pengantin Baru, Asna

Sejak dua menjak ni, saya rasa saya jumpa bermacam ragam perangai manusia yang tak pernah saya jumpa. Mungkin dulu dah jumpa, tapi saya tak amek peduli. Tapi bila dah jadi kat diri sendiri, baru lah nak peduli. Pasai baru sedar. baru ada rasa sakit hati. 

Tengok makcik makcik, tak semestinya dorang tu berperangai elok. Walau dorang dah meningkat dewasa, tak semestinya dorang tu matang dalam sume hal. Kadang, kita yg muda lagi elok dan rasional dari dorang. Makcik makcik ni kelakar juga kalau dorang buat perangai. Matang tak diukur dengan umur, tak juga dengan janggut. Tak punya janggut tak semestinya tak matang, punya janggut juga tak semestinya matang.

Salah ke kalau kita tegur dorang, yg lagi tua dari kita. Kalau dorang betul salah, tak salah kan? Tapi, tak ke kurang ajar nama nya? Tapi, kalau tak tegur. Makin teruk jadinya. Kalau tegur, mengguris hati pulak. Lagi susah kalau yang ditegur tu punya ego yg amat tinggi. Silap hari bulan, buleh kena sumpah jadi pokok. 

Cuti tinggal lagi sebulah setengah. Lama gilak. Bosan dah pun. Harap, makcik makcik pakcik pakcik tak buat saya bertambah bosan dan gilak. Esok, saya dan makcik pakcik akan berombongan pengantin ke Kedah. Ohya, Selamat Pengantin Baru buat akak dan abang Bob. Moga, kekal bahagia ke akhir hayat.

6 comments