Semester Baru

Minggu depan dah nak stat kelas balik. Tapi, walau belum masuk semester baru. saya dah ada plan yg tersendiri. Tu yg buat tak sabaq nak pegi sana. hoho! Sedar tak sedar, dah abis satu sem saya kat UTHM. Harapnya, semester baru nanti semua nya berjalan dengan lancar.

Okai, sepanjang 1 semester kat sana macam macam benda baru yg dah saya belajar, belajar cara kehidupan kat universiti, belajar pasai kehidupan orang Parit Raja. Saya jugak dapat kawan baru yg sempoi-poi-poi-poi. hoho! Awal awal dulu, rasa jugak fedup, boring, bosan. Boring memang boring, tapi kalau dilayankan rasa boring tu. sampai bila pun akan boring.

Lagi pula, lagi berapa tahun mau kat sana. So, pandai pandai lah cari sesuatu yg boleh menyahkan rasa boring tu. Ye dok? Lagi pula, kalau petang petang, macam macam benda boleh main. Kayak ada, golf ada, badminton ada. Kalau nak bina otot besar macam Malik Nur, gimnasium pun ada. tapi saya tak pernah pegi pun. Haha. Kayak, golf ada jugak try. Tapi selalu nya, saya akan pegi bermesyuarat kat tepi hostel dengan kawan kawan. Bincangkan mengenai masalah sosial dan masalah sekolah. Kadang, ada jugak masuk ke ruangan Luahan Isi Hati. Yelah, masing masing rindu kat kampung masing masing. Oh ya, buat teman teman yg baru daftar kat sana, welcome to UTHM. hihi

 

8 comments