Ini kali pertama saya berpuasa kat Batu Pahat, dengan suasana baru. dengan kawan baru. Bazar ramadhan pun baru. Semua nya baru. Puasa yg lepas, saya berpuasa sepenuhnya kat rumah. Pasai masa tu dah abis belaja. hoho!
Tapi apa kabar gamaknya ma kat rumah. Sahur masak apa? Berbuka masak apa? Kuih muih beli kat mana? Sapa yg beli? haih.
Saya kat sini, sedap ja berbuka dengan nasi ayam berempah. Laksa penang, kebab daging sama burger entah apa apa.
Semalam, pegi terawih kat dewan hostel. Before pegi, mesej ma dulu tanya pegi terawih ke tak. Ma reply "tak tau la." Oh sedih bukan kepalang. Dulu dulu, ma selalu pegi dengan kerete. Tapi sejak tangan dah patah, dah tak buleh drive.
Jadinya, semoga tangan ma sembuh sepenuhnya dengan cepat. Nanti raya, boleh raya dengan gumbira. Amin.
Baru saja pulang dari menghadiri Kem Motivasi kat Bukit Beruang, Melaka. Ternyata memang takda beruang tapi yang ada, mat rempit, merempit kat depan Mcd. Beruang dgn mat rempit totally berbeza sebab mat rempit lebih kepada ....................
Rasanya dah lama gilak tak join aktiviti kem motivasi ni, last sekali masa form 5 kot. Tapi, kem kali ni paling best. Maybe sebab sempoi gilak. tak terikat dengan jadual, tentatif program pun takda. Kejap kejap makan, minum. Walau menu air nya sama je tapi takpa, service bagus. pekeja pun hemsem. apa lagi yg perlu?
Fasi kali ni memang best, Encik Syed Abd Aziz & Uncle Dan. Kot sapa ada yg kenal, mesti tau betapa sempoi, rock & best nya dorang. Dorang ajar cara nak potong pensil guna kertas, memang pelik. memang ramai yg dapat buat. tapi bila kita sendiri boleh buat, rasa macam superman pun ada. Then, ada battle War Dance. Memang best dan kelakau dan hip.
Tapi, balik balik je dah kena pikir pasai test. Hujung minggu ni dah start test. Tapi takpa, buat test elok elok, kang kasi hadiah tiket wayang buat diri sendiri.