Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan

Ini kali pertama saya berpuasa kat Batu Pahat, dengan suasana baru. dengan kawan baru. Bazar ramadhan pun baru. Semua nya baru. Puasa yg lepas, saya berpuasa sepenuhnya kat rumah. Pasai masa tu dah abis belaja. hoho! Tapi apa kabar gamaknya ma kat rumah. Sahur masak apa? Berbuka masak apa? Kuih muih beli kat mana? Sapa yg beli? haih. 

Saya kat sini, sedap ja berbuka dengan nasi ayam berempah. Laksa penang, kebab daging sama burger entah apa apa. Semalam, pegi terawih kat dewan hostel. Before pegi, mesej ma dulu tanya pegi terawih ke tak. Ma reply "tak tau la." Oh sedih bukan kepalang. Dulu dulu, ma selalu pegi dengan kerete. Tapi sejak tangan dah patah, dah tak buleh drive. Jadinya, semoga tangan ma sembuh sepenuhnya dengan cepat. Nanti raya, boleh raya dengan gumbira. Amin.

5 comments