First Love

Sebenarnya saya pun tak tau, tak pasti pasal mende mende love ni. Tak reti, seriusly. Tapi saya pernah la couple dengan sorang budak ni. Dia memang budak, pasai dia muda 2 tahun dari saya. Tapi masa tu, saya memang tak kisah langsung pasai umur pasai orang selalu cakap saya ni macam budak.

Sekarang, agak kisah sikit. Sebab orang selalu cakap saya nampak tua. Sebenarnya jugak saya pun tak pasti sama ada betul ke saya couple dengan budak tu, pasai kami masing masing macam tak kisah sangat. 

Tapi petang petang selalu dating kat sekolah sampai kantoi dengan Pak Guard. Masa tu rasa best jugak ada pakwe ni. Dah la hemsem, pandai. Memang terbaik lah. tapi, betul ke dia pakwe saya? Pasai dia kadang pun ada cerita pasai budak perempuan kelas dia kat saya. Bukan ke kalau pakwe makwe, dorang takkan cerita pasai perempuan lain kat makwe dia? Dia tak tau ke orang perempuan ni ada rasa jealous dalam diri?

Disebabkan kekonfiusan yg melanda diri, saya menarik diri dari hubungan yang tak pasti. Sayang memang sayang. Lagi sayang bila dia datang jumpa dengan muka yang sedih. Ingatkan dia tak kisah kalau saya mintak putus. Lagi sayang bila dia kata saya hapi boleh putus dengan dia. Padahal dia tak tau saya 40 kali ganda lagi sedih dari dia. Dah tu, tak kan nak menangis melalak. Gua sempoi, rilek rilek je la. Tapi lagi sayang bila tau dia dah ada pengganti. Kih kih kih 

Apesal gua rasa macam gua ni minah jiwang leleh tahap gaban nih!

17 comments