September

Haip. Rasanya walau tak abes lagi bulan september tapi macam macam benda best dah berlaku dalam bulan september. Paling no satu adalah Hari Raya Aidil Fitri, memang best la pasai buleh makan banyak banyak. Kunyah biskut raya 24 jam, kalau tak tido. Tapi raya kali ni macam tak best sangat. Hurmm.. bukan macam tapi memang tak best. Tapi takpa, janji raya. 

21 September haritu pulak saya kena simbah dengan air berbaldi baldi dan bergayung gayung. Itu pun bab kena calit kek, abis busuk gilak rambut. Apa kebenda dorang taruk dalam kek tu pun tak tau lah, busuk gilak gilak. 

Dan Jumaat lepas, pegi camping kat Mersing. 3 hari 2 malam. Memang adventure plus thriller. Thriller pasai kena masuk hutan tengah tengah malam di bawah bulan purnama. Macam macam benda yg nampak dan dengar. Tapi takyah cite la, ni bukan blog misteri nusantara pun. Kang cite kang ada yg dah tak nak masuk kat blog ni. 

Dan yang paling tak best adalah Test 2. Yaitu, esok lusa. Khamis ni dah start test untuk subjek Control System, dan esoknya, Jumaat test Math Eng. Haih. Ucapkan saya Good Luck and Good Look! Okai, sambung study!

3 comments