Selamat Bakal Berhari Raya Korban

Lama gila tak update. Rasa macam pelik pulak nak menaip kat sini. Perasaan macam pertama kali keluar dating dengan Pakwe. Hahaha. Esok lusa dah nak raya haji, Esok lusa lepas raya haji dah nak kene mengadap final exam pulak. Sekolah lain sume dah abes exam, sekolah saya baru nak start exam. Mungkin sekolah saya mengamalkan prinsip Biar Lambat Asalkan Selamat. Dengan harapan, result saya sem ni pun selamat la.

Raya kali ni saya akan bizi menjaga anak buah. Ye, 2 minggu lepas kucing saya selamat melahirkan 3 ekor anak. Tengah malam gitu la kot dorang lahir. Bapak nya tak diketahui sapa. Walaupun begitu, saya sebagai manusia akan tetap menyokong kucing saya yang dah jadi ibu kucing tunggal. Gambo baby beliau, takdapat nak dipaparkan lagi. Sebab, baby beliau masih kecik. Mata pun tak bukak lagi. Ibunya pun masih lagi bawah umur, muda lagi. Muda muda dah gatai. haish~ 

Sekian, terima kasih.

3 comments