Boom Boom Pow

Tadi pagi pagi. Dengan berbekalkan muka tak mandi. Saya dan Si Adik. pegi ke EkonJaya, pegi beli barang mau mengelap lantai. Tetiba, terserempak dengan sorang mamat ni kat satu selekoh. Mamat ni dulu, masa kecik. saya selalu pow duit dia. 

Masa tu dalam umur 8-9 tahun. kami sama sama tunggu van, pegi sekolah. Masa tu sekolah petang lagi. Tunggu van kat pondok depan umah lama saya. Pasai apa saya suka pow duit dia, pasai saya tak puas hati. Kenape ayah dia kasi banyak sangat duit sekolah. 

So, gangsterism membuak buak dalam diri, tiap kali nak pegi sekolah. saya mesti pow duit dia. Dan kebetulan, mamat tu pun jenis lembik. Lagi la senang saya nak pow. Tak lama dulu, saya ada cerita hal ni kat Mak. Takda la kena marah, tapi lebih kurang kena marah la sebab tu anak kawan dia.

Tapi sampai sekarang pun mamat tu nampak lembik. rasa macam nak try pegi pow lagi sekali. Kah Kah Kah! 

*menggunakan kata ganti nama Saya akan membuatkan kita tampak lebih feminin walaupun jalan cerita sedikit ganas.

3 comments