Hapi Basude to Adik

Hari ni basude Adik saya. Tadi malam bawak dia pegi makan KFC. Makan burger zinger crunch sambil bouncing bouncing. Konon tiru dalam iklan. Ketuk sekali baru diam. Tadi petang jugak dia pi amek ujian berkomputer untuk amek lesen. Nasib lulus, walau atas pagar jak. Janji lulus. Bak kata abah, ujian ni ujian paling susah. Kalau lulus ujian ni, nak amek lesen keretapi pun boleh. 

Semalam, bawak kucing pegi jumpa Doktor Haiwan (kot). Dia kasi ubat dan vitamin. Perghh. Hebat kucing zaman sekarang. siap ada supplement tersendiri. Saya yg manusia pun tadak amek vitamin. Eh, ada tapi tak telan telan pun. Tapi saya dan mak dan adik dan abang la jenuh nak paksa kasi dia telan sume tu. Ikutkan hati, mau amek gambau bersama Sang Adik dan Sang Kucing. Tapi, kamera tadak. Handpong pun dah berapa hari tak cas. Takdak bateri. Jadi, kalau ada kawan mahupun lawan, yg cuba menghubungi saya, tapi tak dapat. Paham paham la noks.

2 comments