Kembali Ke Sekolah

Esok dah start sekolah semester baru. Rumah baru. Housemate baru. Sandal baru. Tudung baru. rasa macam tak sabau jugak nak pegi sekolah. Nak tengok, lecturer tu hemsem ke dak. lawa ke dak. Spoting ke dak. Tapi azam semester baru ni, tak mau ponteng kelas dah. Pasai lepas,result satu subjek semester lepas teruk pasai selalu ponteng. Kah kah kah!! 

Tapi semester ni susah la sikit nak bergerak. Transpot takdak. Yang ada transpot, nak pi mana mana bukan nak ajak. Takpa la. rezeki masing masing. time susah ni la buleh tolong kita jadi berdikari sikit. Kawan yg best best pun masing masing dah duk umah sewa masing masing. 

Kalau dulu, nak pinjam toaster jerit je. Sekarang tak buleh dah. Macam mana nak makan roti bakar ni. Adoiya. Dobi pun dah jauh. Nak membasuh sendiri kang kulit tangan kasar, main sabun banyak sangat. Kah kah kah!! Esok nak pi kelas, Kasut sekolah dah kapur, letak belakang peti ais. Esok kang kering la tu. Baju sekolah pun dah iron. Stokin dah susun elok elok. buku dah susun dalam beg sekolah. Hah, dah buleh pi tido ni.

1 comments