Bersenam

Hai. Sekarang saya berada di Taman Bukit Dahlia. Taman Bukit Dahlia mana? Haa.. itu korang kena pikir sendiri. Walaupun hari ni adalah hari ahad, tapi dia punya bosan mengalahkan hari jumaat. Okay, saya merasakan hari jumaat adalah bosan kerana suasana pada hari jumaat tend to be sunyi dan kebiasaannya hari jumaat saya akan tido sebab bosan dan sebab mengantuk tahap gaban memandang hari jumaat kena bangun awal pagi. 

Berbalik kepada hari Ahad, Cerita kat TV hari ni pun dah macam takda cerita lain nak tayang. Hampeh. Hoi, tayang la cite Detektif Conan lagi hoi!! Dalam kebosanan di kala ahad, saya ada baca blog wo de jie jie. Shi, ta shi wo de jie jie. Hahaha. Bila baca dia punya entri, sepantas cahaya, saya rasa nak pegi bersenam jugak. Tapi, kalau saya ajak kawan saya pegi jogging kompem kena gelak. Hampeh. Seingat saya, sepanjang saya belajar kat sini. Sekali je saya turun jogging petang petang. Itu pun, tak sampai 15minit, hujan turun dengan lebat lebat lebatnya. 

Okay, walau saya adalah sangat kurus tapi tak salah kalau nak jogging. Pasai jogging bukan untuk kurus saja, tapi untuk jaga jantung. Walaupun haritu dah pegi check, kolestrol saya normal. tapi still kena jaga kesihatan dari muda. Tapi, satu perkara yang buat saya paling malas nak jogging adalah, bila kala sang gadis duk jogging, maka kompem akan ada sang jantan yang biol akan tengok dan duk suwit suwit. kalau takat suwit, gua boleh terima beb. ini kalau dah tengok pastu sambil melucah, memang rasa nak sumbat kasut dalam mulut mamat tu.

Oleh itu, saya prefer kalau jogging dalam gym macam dalam entri beliau ni. walau tertutup tapi jauh dari perasaan amarah terhadap jantan biol.Tapi, dulu kat hostel memang ada gym. tapi tak pernah nak pegi. pasai takda geng. hahaha. Okay, sekian terima kasih. Nyot, jom jogging. Hahaha!!

5 comments