Sebelum Sabtu Yang Weekend

Okai, memandangkan kali ni saya menggunakan servis internet secara berbayar dan agak mahal kalau dibandingkan dengan yang dulu, makanya harus mengupdate blog dengan kadar yang kerap. Tapi tak boleh kerap sangat pasai saya seorang yang bizi. Bizines women. Kalau diikutkan sejarah hidup saya, last week saya pegi Muo. Kawan saya bertunang, Si Nyot. Si Nyot ni satu kelas dengan saya sejak saya sambung belaja kat Batu Pahat ni. Beliau seorang minah rempit tapi bila malam datang, takut naik moto. dan Rasanya sepanjang proses pembelajaran kat sini, baru sekali dia pakai baju kurung. tapi itu pun saya tak pernah tengok rasanya. Ke pernah? Nyot, pernah ke? Kah kah kah

 

Si Nyot, tayang cincin couple. Yang sebelah tu available lagi. Jadinya, semoga panjang jodoh, dan cepat cepat ke jinjang pelamin. Kawin kang jangan lupa ajak. dan harap bersabar. Dan beliau bertunang dengan orang sarawak. Dan rupanya adat kat serawak, kalau bertunang akan dapat sijil. Sijil Pertunangan, bukan Sijil Penyertaan. Macam pelik, tapi dah adat kat sana. Kot sapa nak sijil pertunangan, boleh lah bertunang dengan sarawakian. Justeru itu, Si Available bawak kami mengenal Muo memandangkan beliau turut merupakan seorang Muorian (??). Tapi, tak tau apa nama tempat ni. Tanjung kot? Tah. Tapi dia lupa bawak kami pegi tempat yang ada monyet. Maknanya lepas ni nak kena pegi Muo lagi le. Kih kih kih

 
 

 


Kenapa gamba kami lagi banyak dari gamba orang yang bertunang? Sebab, dia dah bertunang.

6 comments