Alasan Kenapa Dobi lagi Bagus dari Basuh Sendiri

Dua tiga hari ni saya mempunyai masalah dengan baju baju. Seriusly rasa nak mengamuk je bila jemur baju then tak cukup kering dan hapak. Sejak tinggal kat rumah sewa ni, saya selalu hantar baju kat dobi. Tapi sejak dua menjak ni rasa macam nak basuh sendiri pulak sebab sabun basuh baju banyak sangat (?). Tapi, bila basuh sendiri ni buat saya rasa nak mengamuk saja. Rasanya hantar dobi lagi bagus, kot. Sebab;

1. Dapat jimat masa. Sebagai student saya rasa student lagi bizi dari mereka yang bekerja. Student, bangun pagi. siap siap, pegi kelas. Tengahari ada gap sejam, time lunch hour. Nama pun lunch hour, so, mesti la saya nak makan, tak makan boleh jadi raksasa. Saya tak boleh lapar. Bila lapar je mood terus hilang, terus rasa nak marah orang, kalau ada yang cari pasal time tu memang kaw kaw la kena..Grrrr. Okay, then petang ada kelas lagi. Macam saya, semester ni saya banyak kelas sampai jam 7 malam. Then, malam baru nak basuh baju? Malam pun ada kelas bhaii.. okay, selasa malam je pun saya ada kelas. Kalau mereka yg bekerja, jam 5 dah balik. Itu belum kalau keja shift. Dorang bukan ada keje sekolah pun nak kene buat. Kalau cikgu tu, lain lah kot. Nak marking apa yg patut. Kami student, banyak keja sekolah. Bukan nya satu subjek, 5-6 subjek tiap sem. Satu subjek bukan kasi satu keja sekolah je. Projek lagi, lab report lagi... Lagipun, dorang yang dah bekerja mesti lah dah beli washing machine. Mesti lah dorang basuh pakai machine, contoh nya kakak saya.

2. Okay, maybe korang akan cakap " weekend kan boleh basuh, kumpul kasi seminggu (?) then basuh lah...". Ya, memang weekend boleh basuh tapi rumah sewa saya ni ada 6 orang dan sorang kalau tak full satu bakul memang tak boleh. Dah la tempat sidai baju pun memang limited edition punya sampai kan terpaksa jemur kat pagar. Nasib ada pagar, kalau takda pagar? Then, kat celah mana lagi gua nak sangkut baju bhaaaii....? Lagipun, bila saya bangun pagi then selak langsir, tengok tempat ampaian sume dah full. lagi sekali, kat celah mana gua nak jemur bhaaiii..... Takkan nak bangun jam 5 pagi semata mata nak basuh baju kot.

4.Okay, then saya amek keputusan untuk jemur time malam. dengan harapan takda yang menyibuk nak jemur jugak. Yeah, saya jemur. dan esoknya bila baju saya dah hampir kering then ada pulak lagi sorang baru jemur baju. Tak memasai baju gua yang baru nak kering tu basah balik. Ini cara, jemur 40 hari pun takkan kering ya adik adik. Lagipun jemur time malam akan buat baju korang berbau. Kalau guna serbuk pencuci TOP tu tak tau lah macam mana. Tak try lagi.

5. Tempat sidai baju kat rumah saya ni bawah garaj. Maknanya susah nak fully kering sebab bukan betul betul kat bawah panas mentari yang terik. Kalau cuaca pun suam suam kuku, baju pun suam suam kuku jugak lah nak kering. Then, baju mula la berbau hapak. What the heck. Gua paling pantang kalau baju berbau. Apa guna gua beli breeze wangi wangi. Baik gua basuh guna air paip saja kalau taknak kasi baju wangi. Motif utama membasuh baju adalah nak kasi bersih dan wangi. Kalau bersih tapi haprak dan hapak, nak buat apa.

4. Sebenarnya time pagi before pegi kelas pun saya boleh basuh. Sebab kebanyakan nya kelas saya start jam 9 AM, 11 AM, 2 PM.. tapi boleh refer kepada alasan no. 2. Budak rumah saya memang rajin membasuh. Damn, kadang tu meluat jugak. Macam orang lain takda baju nak basuh. Kang saya beli jugak ampaian besi bergerak tu. Time tu, jangan nak tumpang sehelai pun. Tapi, mahal kot dan rasanya macam tak perlu sampai beli benda alah tu. Tapi kalau ada yg murah, okay what. Boleh cut cost hantar baju kat dobi. Ye dak?

So, seriusly saya merasakan hantar baju kat dobi lagi bagus. Lagi wangi. kering dan dah dilipat dan takda rasa macam nak maki orang kalau baju kita ada bau hapak atau tak cukup kering. Tapi, of course la korang kena invest lebih sebab dobi kat luar biasanya akan kira ikut kilo. RM2 per kilo. kalau seminggu tak basuh. dalam 3-4 kilo. Then, pandai pandai la kira dan budget. Okay maybe atau mesti korang akan cakap, saya seorang perempuan yg malas tapi kalau korang tinggal sekali dengan saya baru lah korang akan merasai nya. Bagi budak rumah saya, dorang tak rasa kot. Untuk menghantar baju ke dobi, korang tak boleh berkira. Kalau berkira, baik korang sental baju tu sendiri dan jangan nak merungut cakap mahal ke tak berbaloi ke apa ke. Kalau malas, kene la keluar duit. Takda benda senang yang free dalam dunia ni.

Tapi, hari tu kawan saya hantar baju kat dobi dan baju tu hilang, semuanya. Woaahh.. bahaya juga ya. Tapi itu la, baju yang mahal mahal jarang lah saya hantar dobi. Opss.. saya mana ada baju mahal mahal. Mahal disini maksud nya kain yang tak boleh basuh guna machine la, tudung ke, baju kurung ke. Before hantar kat kedai tu, kena kenal pasti baju mana yang korang hantar. Okay lah, esok nak hantar baju yang berbau tu pegi dobi. Menyampah betul jemur baju kat rumah ni, kat hostel lagi bagus. Oh rindu nya hostel.

5 comments