I LOVE U

Tadi petang, call adik. Ceritakan tentang masalah yang tak berapa masalah tapi menjadi masalah kepada saya. Dan, tiba tiba adik saya buleh  kasi nasihat yang terbaik buat saya yaitu si kakak nya.

" Kau dah besar, sampai bila mak abah nak jaga kau. Sampai bila semua benda nak mak abah yang decide kan. Belajar lah buat keputusan sendiri. Nanti kalau ma abah dah pegi Mekah, kau ada problem, kau nak tunggu mak abah balik dulu baru setel kan problem kau ke?"

Damn, seriusly gua rasa gua sorang kakak yang failed. Macam mana, seorang adik boleh nasihat macam tu kat kakak dia. Teringat masa abah datang kat rumah sewa saya. Abah cakap;

" Nanti abah gi Mekah, balik jaga adik kat rumah.."

Tapi, saya rasa macam adik saya yang akan jaga saya nanti. Ce mana tu? Hurm.. Bila mana dah pilih nak ikut nafsu, tak ikut cakap ma abah. mesti le rasa bersalah sangat, mesti le ada benda lain yang akan jadi. Tapi, nafsu dah menguasai diri. Tiba tiba ja sedih. Tiba tiba ja teringat kat ma abah. Ah.. okay bai!

3 comments