Jali Bin Jenal? Jali Bin Jainal?

Senin yang lalu, saya pegi kelas macam biasa. Sejurus cikgu masuk kelas, dia on laptop. on projector. dan bussshh..... keluar lah slide kat dinding. dan eh eh.... saya baru perasan, nama cikgu saya adalah Jali Bin Sameon (bukan nama sebenar) dan bukanlah Jali Bin Jainal (bukan nama sebenar jugak). dan oh yeah, 2 minggu lepas time test subjek cikgu ni, saya tulis nama cikgu tu Jali Bin Jainal. HAHAHA! Okay, saya dapat merasakan saya bakal failed dalam subjek ni. Cikgu cikgi ni bukan boleh kira, salah tulis sikit tolak markah. Dah la test haritu tak reti nak jawab. Tanya pasai bisnes, mana nak reti. Tanyalah berapa arus dalam sesuatu litar, okay yang tu pun tak reti jugak. 

Tetapi, sejak saya masuk ke sekolah yang berperingkat tinggi ni sikit, saya dapat lihat yang cikgu cikgi ni. kalau silap eja nama sikit nak tolak markah, silap tulis nama sikit tolak markah, tertinggal satu titik pun boleh kena tolak markah. Tapi nak buat macam mana, dorang tu cikgu kita. Cikgu ibarat lilin yang membakar diri demi menerangi diri orang lain. Tapi apa beza cikgu dan pensyarah? Hurmm...


Pesanan ringkas:
Okay, kepada dia yang sedang bersedih karena chinta. Jangan bersedih. Contohi lah saya, yang tidak bersedih karena chinntaa. Sejak dua menjak ni ramai pulak yang bermasalah dalam chinta. Kalau nak bersedih, tunggu lepas abes semester ni. Karang kita ada cuti 4 bulan, boleh lah bersedih tiap masa. Oh ya, weekend ni saya akan ke oversea. Sapa sapa yang nak order kushen, boleh la order dan sertakan wang secukup rasa sekali. Kah Kah Kah


Contoh kushen. (gambaq dicopypaste dari google)

1 comments