Singapore

Sabtu lepas saya melancong ke Singapore. Kah kah kah.. Rugi la kalau tak pegi pasai saya kat Johor je pun. Alang alang dah dekat, alang alang sekolah ada buat lawatan ke sana, alang alang ada duit lebih siiiiikiiiiittt... Join je la. Bila lagi nak pegi, ye dak? Ni pertama tama kali nya saya keluar dari Malaysia. Tanah siam pun saya tak pernah jejak lagi walau pernah pegi Rantau Panjang. Rantau Panjang tu dah sempadan Kelantan Thailand, kalau tak silap. Okay, sebenarnya takda duit. Kalau ada duit, sampai ke Jepun pun boleh pegi. Huh? Kenapa mesti Jepun? sebab sana ramai makhluk hansamu.


So, Moh kite tengok gambau sambil bercerita. Apa guna pegi pinjam kamera dengan kawan, amek gambau kalau tak mau tunjuk kat adik adik, Ye dak?



Sesampai nya kat Singapore, mula mula pegi Merlion Park dulu. Tapi agak kuciwa pasai, Singa keluor ayor ikut mulut tu tengah renovate, kot. So, tak da rezeki nak amek gambau dengan dia. Tapi, baby Singa ada la. Nama pun baby, so tak berapa nak hip la. Maybe next time kena datang lagi kot :)


Then, tourist guide bawak pegi Gallery Chocolate kot. Situ ada jual maaanyyyaakkk chocolate pelbagai spesis dan perisa. Tapi saya tak beli pun, pasai masuk masuk ja dapat air chocolate free. Lepas tu bagi lagi cokelat free. Buatpa nak beli lagi oii. Hahahaha!!


Sejurus itu, solat jamak Zuhur Asar kat Masjid Sultan Singapura. Belakang Masjid tu, Arab Street. Tempat terbaik untuk membeli kushen kepada teman teman yang sibuk duk suruh beli kan ole ole. Kat sini murah. Berbaloi untuk dibeli.


Then, tourist guide bawak pegi Mustaffa Center. Dia kata, Mustaffa Center ni macam Mydin Malaysia la. Tapi 24 jam. Tapi jual barang original. Betul ke idak ori nya, saya tak reti nak nengok. dalam ni pun ada souvenir kalau nak beli tapi kat Arab Street lagi muraaaahhhh.


Kemudian, terus pegi Sentosa Island. Kat sini macam macam ada. Yang paling tip to the top, Universal Studio. Nak masuk, 60 dollar kot. Tapi kami tak masuk kot. Mana nak cekau 60 dollar tuuu... Maybe, next time bila dah keja. Kumpul duit, baru boleh masuk sini kot. Okay, angan angan dah ada. Janji ada angan angan.




Sini, Siloso Beach. Kat sini, kepada sapa sapa Si Lelaki yang nak mencuci mata. Boleh la lepak kat sini. Awek awek berbikini bersepah kat tepi pantai duk sun bathing. Super Hot!. Tak lupa juga kepada Sang Gadis. Korang pun boleh cuci mata tengok Mamat Hansamu pakai short main bola tampar tepi pantai.. Badan ketak ketak. Pergghhh...


Okay, saya tak teruja pun dengan pantai dorang. Pasai, pantai kat rumah saya nun pun ada. Bosan ah dengan pantai ni.

Then, malam tu saya tengok Song of the Sea. Memang canggih dan super dan terbaik. Kat Malaysia, ada ke? Kalau ada, malam malam boleh le pi tengok. Song of the Sea murah je, 10 dollar jeee...... Tapi seriusly berbaloi dengan 10 dollar tu.. Yang Universal Studio tu, tak tau berbaloi ke tak kalau masuk, dah la 60 dollar.

9 comments