Ibu Melur
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Sebenarnya saya pun tak tau apa definisi first love tu. orang kata tak couple pun boleh kira first love, kiranya first time korang jatuh cinta la kot (ew ew ew). tapi first time saya menjalinkan hubungan dengan lelaki adalah time form 5.. perggghhh...

Sebenarnya bagus jugak couple time sekolah ni. Pasai ia akan memberikan satu semangat baru dalam diri. Semangat nak pegi kelas, semangat nak basuh kasut sekolah. Semangat nak bergiat aktif kat sekolah. Semangat nak buat homework, sebab pastinya korang taknak Si Dia nampak korang di denda oleh cikgu dalam kelas.

Time zaman sebelum menjalinkan hubungan, saya selalu pegi kelas lambat. Time loceng bunyi, suruh budak beratur luar kelas, baru la saya turun tangga rumah and pakai kasut. Budak beratur luar kelas, saya beratur luar rumah. Amacam? Rumah saya dengan sekolah agak jauh, tapi tah cemana boleh dengar loceng sekolah. Then, gerak naik moto. Ye, time tu saya takda lesen tapi pegi kelas naik moto. Amacam, otai tak? Sampai sekolah je, orang start baca doa dah. Saya baca doa atas moto kat parking moto.

Pegi kelas, kadang baju tak iron. tak basuh. bukan seminggu tak basuh, dalam dua hari tiga hari tak basuh laa... kasut, tak yah cite ah.... Asal tengahari aje, tak sempat loceng bunyi. Saya dah start enjin moto nak balik dah. Petang kang ada latihan kawad kaki lak, Pukul 5 start, Pukul 4.45 baru terhegeh nak cari kasut hitam, stokin hitam.

tapi bila dah menjalinkan hubungan, pukul 645 saya dah siap nak ke sekolah. Dulu abah gua siap perli, awal gila pegi sekolah. Lagi awal dari abah gua gerak pegi keje kat KB nun. Perghh.. Ini lah penangan cinta beb! Baju tak yah cite ah. Kotor sikit aje, basuh. Stokin pun tak sempat nak bau busuk saya dah basuh kaw kaw punya. Moto lak park sebelah menyebelah. hihihi. Tengahari balik lambat, dating sepam dua dulu. Kang latihan kawad kaki pun datang awal gak, sebelum start latihan saya start latihan dating dulu. Saya latihan kawad kaki, dia latihan softball, kadang tu memanah. Atlet beb, atlet!

bila teringat balik, memang rasa rugi sebab lepaskan dia. pasai dia ada semua ciri ciri lelaki yg buat gua nosebleeding. tapi tu la, nak buat cemana kan. lagipun time tu budak lagi. budak tak budak, dah reti le cane nak  menggatai. tapi tu la, no jodoh no talk.

Eh.. saya bukan nak menggalakkan budak budak sekarang bercintan cintun time sekolah. Bagi saya, tak salah nak bercintan time sekolah asalkan korang bijak pikir dan tak mencampuradukkan perasaan gatai dengan perasaan belajar. Ada orang, bila bercinta lupa diri terus. Ada orang, tak bercinta pun lupa diri. Kih Kih Kih~

Tadi kelas, kawan saya dapat biskut dan cokelat dari cikgu. Damn! apesal dia dapat tapi gua tak dapat? diskriminasi atau pilih kasih atau skandal antara murid dengan cikgu? ohh... rupanya... esok adalah besday kawan saya tu..

Bab besday ni saya memang happy terlebih sikit, sebab time ni biasanya geng geng akan kumpul duit untuk kenakan besday girl/boy. Dulu time tinggal kat hostel, senang sikit nak buat plan. Sorang dua jaga kat tingkat atas, sorang dua menyorok tepi tangga. sorang tukang berlakon. Yang penting, sorang sorang pegang tepung seplastik. Tapi sekarang dah tinggal kat rumah sewa, susah sikit lah. Dah la sekelilingnya makcik makcik, kang ada yang kene ketuk dengan periuk. Hope, semester depan boleh masuk hostel balik. Amin...

ini semester lepas, time ni kaw kaw punya gua kena. padahal bukan besday gua pun. 
tuan punya besday dah lari masuk bilik.


Dah lama tak pekena kan orang ni, harapnya plan malam ni menjadi dan sukses tanpa cacat dan cela nya. Rasa nya semester ni saya takda baling tepung kat orang lagi. Last sem, dengan telur busuk sekali gua baling. Malam ni, akan cuba tak baling. Cake, kumpul duit reramai, beli tapi tak makan pun. Buat baling baling cake. Rugi tapi puas hati. Eh jahatnya.

Tapi yang paling perlu dititikberatkan before pekenakan orang ni adalah pastikan orang tu betul betul cool and steady and no heart feeling and sempoi. Pasai pa, kadang ada orang tu tak suka benda benda macam ni, kang ada yang gaduh sampai tua sebab kena baling tepung..adess..

p/s: tadi lupa taruk tajuk. haha
Hai, last week saya pegi ke Perak, atas lawatan sambil belajar kat sana. So, pegi melawat Power Plant kat Malakoff. Sebenarnya kelas saya buat dua tempat power plant, satu kat manjung iaitu kerajaan punya, TNB dan Malakoff, iaitu swasta punya. So, of course la saya pilih swasta sebab banyak sebabnya. Then, alang alang dah kat Manjung, kami terus straight ke Pangkor. Yeahh!!

Okay, mula mula pegi power plant Malakoff dulu. Okay, sebab musabab yang utama saya pilih Malakoff instead of TNB, sebab kat Malakoff ada bagi makan. Breakfast dan lunch. Kat TNB, takda. kebuluq sapa yg pilih nak pi sana. hehe. Lepas tu, mesti la nak tengok apa yang best sangat kat Malakoff tu. Tapi memang best, tepi laut. Kat Malakoff dia guna gas, so dorang cakap kadang dalam sebulan dorang tak buat letric sebab gas mahal.

Ini pemandangan dari club house dorang, siap ada swimming pool beb. Sapa mau keja sini, kata nya pointer mau dalam 3.0 ke atas. Memang say good bye la.

Okay, then kami straight ke Marina Bay. Naik feri dari sini. Kat sini pun pemandangan agak terbaik. masa kat sana, ada chinese amek gambau kawin kat tepi laut tu.


Ni first time saya naik feri woo.. Mula tu ingatkan ada mabuk laut ke apa, siap telan ubat tahan pening. Tapi, bila balik lupa nak telan dan rupanya tak mabuk laut pun. cess...

 Bila dah tak mabuk, terus pakai spek and start to poyo poyo..

Sesampai je kat chalet tu, siap siap, solat apa yang patut, terus pegi tepi pantai. Ada upacara main bola tampar. Bola tampar patut nya saya tak main sebab memang fobia game baling baling bola ni. Last minute, ada kawan tak sihat so kene ganti dia dan of course lah group tu yang first kalah. Mesti lah kalah, ni first time saya main bola tampar. HAHAHA.

 Nampak tak kesungguhan gua nak menang tu?

Esok pagi nya,  part yang paling best iaitu snorkeling. Mula mula gila takut nak turun laut sebab ombak besar pasai pagi tu baru lepas hujan lebat. Tapi bila dah start ke tengah, takut dah hilang. Ada la nampak ikan ikan comel tu tapi saya takda kamera canggih nak tangkap gambau dalam ayor. Tapi yang paling tak best nya, banyak gila luka sebab main kat batu. Batu batu tu ada kulit kerang siput yang tajam gila tapi time kena tak rasa apa. Bila balik bilik, mandi baru rasa pedih nya. adess

On the way nak ke pulau kecik, tempat snorkeling. Okay, nampak tak muka ketakutan gua tu? Serius takut wehh.. gua dah la tak reti berenang. Mamat tu main drift kat tengah laut tu, tercampak kang. Naya la wooii

Anak ikan bilis

ehem ehem

 
 encik lecturer yang super spoting abes.

Then, banana boat pulak. Tapi yang banana boat tu tak berapa nak best sebab tak berapa nak mencabar. Dia tak pandai nak tarik kitorang jadi  jatuh secara spontan. Bila dia bagi signal (signal nak jatuhkan kitorang), kitorang siap boleh tunggu, bila nak jatuh.. adooii

 
Baru nak mula. gerak pun belum.

Then, balik. Before balik ada pegi round round sekitar pulau tapi saya tido. Lepas tu pegi kilang sotong kering, rugi tak beli. Lepas tu pegi Kota Belanda, takda apa pun, just macam dinding batu bata saja (nampak sangat tak menghargai kisah sejarah tanah melayu). Dah naik feri balik, singgah beli apa yang patut lagi sekali. Then, berenti lagi kat Jeti Lumut, beli apa yang patut jugak. Serius best gila trip kelas ni. Hope next time ada lagi.. Auww...

p/s: perasan tak gambau pegi power plant tu sekeping je, padahal itu tempat utama lawatan nya. hahaha
Rasa nya dah lama gila tak balik rumah nun. Since daftar sem baru kat sini, tak balik balik lagi ni. Almost 4 months dah kot, sem baru start awal Jan kalau tak silap. Dia punya feel rasa nak balik tu kadang buleh buat rasa nak talipon rumah selang 5 minit. Tapi, selalu nya call adik je la, borak dengan dia boleh buat hilang stress tapi kadang boleh datang stress jugak. Takpun berwebcam dengan dia. tapi sejak ada problem internet kat kawasan rumah tu, dah tak boleh nak berwebcam dengan adik lagi dah. Ya, dia guna line internet curi. Tak tau la sepanjang proses webcaming kami tu diberkati ke tak.

Kadang tu, bergigil satu badan sebab nak balik rumah, homesick la kononnya. Walau mak, abah ada datang kat sini, tapi selagi tak balik rumah, tak tengok rumah sendiri, tak tido kat bilik sendiri, tak main dengan kucing sendiri, perasaan nak balik ke rumah sentiasa membuak buak. Lagi membuak buak bila dah lama tak berwebcam dengan adik dan mak dan kucing dan abah. Ahhh.. nak upload gambau berwebcam dengan adik, tapi tak jumpa pulak gambau nya. Cess.. Pernah sekali, berwebcam dengan seluruh makhluk yang ada kat rumah tu. Mak, abah datang bawak kucing yang ada kat rumah. Perghh... penyayang betul keluarga gua ni...





P/S: Oh, tadi petang dapat berita Bekas Cikgu BM saya masa sekolah rendah dulu dah meninggal. Anak nya yang paling sulung baru 22 Tahun. Hope, dorang boleh tabah meneruskan hidup tanpa ibunya. Tiba tiba rindu mak.
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Previously known as Farhanalicious but today, I am Ibu Melur.

Categories

Camping Heart Feeling Jalan Jalan Kehidupan Seorang Pelajar Mak Mak Makan Makan Melur Membebel Merepek Outdoor Parenting Pregnancy Review Santai Sharing Traveller

Follow Us

  • BabyMommyStore
  • Instagram

Latest Post

Followers

Total Pageviews

Search This Blog

Pages

  • HOME
  • DISCLAIMER

Blog Archive

  • ►  2022 (2)
    • ►  March (2)
  • ►  2021 (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (23)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (7)
  • ▼  2011 (39)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  May (1)
    • ▼  April (4)
      • First Love
      • Basude Boi
      • Pangkoring
      • Lagi 2 Minggu Nak Balik
    • ►  March (7)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2010 (31)
    • ►  December (6)
    • ►  November (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (77)
    • ►  December (9)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (7)
    • ►  January (13)
  • ►  2008 (34)
    • ►  December (11)
    • ►  November (11)
    • ►  October (8)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)

Popular Posts

  • Provider Yang Melampau
  • Camping dan Piknik di Hulu Langat dengan Bayaran Seikhlas Hati
  • Macam Mana Saya Jadi Dropship Buku dan Mainan Kanak Kanak

My Blog List

Copyright © Ibu Melur. Designed & Developed by OddThemes