First Love


Sebenarnya saya pun tak tau apa definisi first love tu. orang kata tak couple pun boleh kira first love, kiranya first time korang jatuh cinta la kot (ew ew ew). tapi first time saya menjalinkan hubungan dengan lelaki adalah time form 5.. perggghhh...

Sebenarnya bagus jugak couple time sekolah ni. Pasai ia akan memberikan satu semangat baru dalam diri. Semangat nak pegi kelas, semangat nak basuh kasut sekolah. Semangat nak bergiat aktif kat sekolah. Semangat nak buat homework, sebab pastinya korang taknak Si Dia nampak korang di denda oleh cikgu dalam kelas.

Time zaman sebelum menjalinkan hubungan, saya selalu pegi kelas lambat. Time loceng bunyi, suruh budak beratur luar kelas, baru la saya turun tangga rumah and pakai kasut. Budak beratur luar kelas, saya beratur luar rumah. Amacam? Rumah saya dengan sekolah agak jauh, tapi tah cemana boleh dengar loceng sekolah. Then, gerak naik moto. Ye, time tu saya takda lesen tapi pegi kelas naik moto. Amacam, otai tak? Sampai sekolah je, orang start baca doa dah. Saya baca doa atas moto kat parking moto.

Pegi kelas, kadang baju tak iron. tak basuh. bukan seminggu tak basuh, dalam dua hari tiga hari tak basuh laa... kasut, tak yah cite ah.... Asal tengahari aje, tak sempat loceng bunyi. Saya dah start enjin moto nak balik dah. Petang kang ada latihan kawad kaki lak, Pukul 5 start, Pukul 4.45 baru terhegeh nak cari kasut hitam, stokin hitam.

tapi bila dah menjalinkan hubungan, pukul 645 saya dah siap nak ke sekolah. Dulu abah gua siap perli, awal gila pegi sekolah. Lagi awal dari abah gua gerak pegi keje kat KB nun. Perghh.. Ini lah penangan cinta beb! Baju tak yah cite ah. Kotor sikit aje, basuh. Stokin pun tak sempat nak bau busuk saya dah basuh kaw kaw punya. Moto lak park sebelah menyebelah. hihihi. Tengahari balik lambat, dating sepam dua dulu. Kang latihan kawad kaki pun datang awal gak, sebelum start latihan saya start latihan dating dulu. Saya latihan kawad kaki, dia latihan softball, kadang tu memanah. Atlet beb, atlet!

bila teringat balik, memang rasa rugi sebab lepaskan dia. pasai dia ada semua ciri ciri lelaki yg buat gua nosebleeding. tapi tu la, nak buat cemana kan. lagipun time tu budak lagi. budak tak budak, dah reti le cane nak  menggatai. tapi tu la, no jodoh no talk.

Eh.. saya bukan nak menggalakkan budak budak sekarang bercintan cintun time sekolah. Bagi saya, tak salah nak bercintan time sekolah asalkan korang bijak pikir dan tak mencampuradukkan perasaan gatai dengan perasaan belajar. Ada orang, bila bercinta lupa diri terus. Ada orang, tak bercinta pun lupa diri. Kih Kih Kih~

8 comments