Lagi 2 Minggu Nak Balik

Rasa nya dah lama gila tak balik rumah nun. Since daftar sem baru kat sini, tak balik balik lagi ni. Almost 4 months dah kot, sem baru start awal Jan kalau tak silap. Dia punya feel rasa nak balik tu kadang buleh buat rasa nak talipon rumah selang 5 minit. Tapi, selalu nya call adik je la, borak dengan dia boleh buat hilang stress tapi kadang boleh datang stress jugak. Takpun berwebcam dengan dia. tapi sejak ada problem internet kat kawasan rumah tu, dah tak boleh nak berwebcam dengan adik lagi dah. Ya, dia guna line internet curi. Tak tau la sepanjang proses webcaming kami tu diberkati ke tak.

Kadang tu, bergigil satu badan sebab nak balik rumah, homesick la kononnya. Walau mak, abah ada datang kat sini, tapi selagi tak balik rumah, tak tengok rumah sendiri, tak tido kat bilik sendiri, tak main dengan kucing sendiri, perasaan nak balik ke rumah sentiasa membuak buak. Lagi membuak buak bila dah lama tak berwebcam dengan adik dan mak dan kucing dan abah. Ahhh.. nak upload gambau berwebcam dengan adik, tapi tak jumpa pulak gambau nya. Cess.. Pernah sekali, berwebcam dengan seluruh makhluk yang ada kat rumah tu. Mak, abah datang bawak kucing yang ada kat rumah. Perghh... penyayang betul keluarga gua ni...





P/S: Oh, tadi petang dapat berita Bekas Cikgu BM saya masa sekolah rendah dulu dah meninggal. Anak nya yang paling sulung baru 22 Tahun. Hope, dorang boleh tabah meneruskan hidup tanpa ibunya. Tiba tiba rindu mak.

4 comments