Pangkoring

Hai, last week saya pegi ke Perak, atas lawatan sambil belajar kat sana. So, pegi melawat Power Plant kat Malakoff. Sebenarnya kelas saya buat dua tempat power plant, satu kat manjung iaitu kerajaan punya, TNB dan Malakoff, iaitu swasta punya. So, of course la saya pilih swasta sebab banyak sebabnya. Then, alang alang dah kat Manjung, kami terus straight ke Pangkor. Yeahh!!

Okay, mula mula pegi power plant Malakoff dulu. Okay, sebab musabab yang utama saya pilih Malakoff instead of TNB, sebab kat Malakoff ada bagi makan. Breakfast dan lunch. Kat TNB, takda. kebuluq sapa yg pilih nak pi sana. hehe. Lepas tu, mesti la nak tengok apa yang best sangat kat Malakoff tu. Tapi memang best, tepi laut. Kat Malakoff dia guna gas, so dorang cakap kadang dalam sebulan dorang tak buat letric sebab gas mahal.

Ini pemandangan dari club house dorang, siap ada swimming pool beb. Sapa mau keja sini, kata nya pointer mau dalam 3.0 ke atas. Memang say good bye la.

Okay, then kami straight ke Marina Bay. Naik feri dari sini. Kat sini pun pemandangan agak terbaik. masa kat sana, ada chinese amek gambau kawin kat tepi laut tu.


Ni first time saya naik feri woo.. Mula tu ingatkan ada mabuk laut ke apa, siap telan ubat tahan pening. Tapi, bila balik lupa nak telan dan rupanya tak mabuk laut pun. cess...

 Bila dah tak mabuk, terus pakai spek and start to poyo poyo..

Sesampai je kat chalet tu, siap siap, solat apa yang patut, terus pegi tepi pantai. Ada upacara main bola tampar. Bola tampar patut nya saya tak main sebab memang fobia game baling baling bola ni. Last minute, ada kawan tak sihat so kene ganti dia dan of course lah group tu yang first kalah. Mesti lah kalah, ni first time saya main bola tampar. HAHAHA.

 Nampak tak kesungguhan gua nak menang tu?

Esok pagi nya,  part yang paling best iaitu snorkeling. Mula mula gila takut nak turun laut sebab ombak besar pasai pagi tu baru lepas hujan lebat. Tapi bila dah start ke tengah, takut dah hilang. Ada la nampak ikan ikan comel tu tapi saya takda kamera canggih nak tangkap gambau dalam ayor. Tapi yang paling tak best nya, banyak gila luka sebab main kat batu. Batu batu tu ada kulit kerang siput yang tajam gila tapi time kena tak rasa apa. Bila balik bilik, mandi baru rasa pedih nya. adess

On the way nak ke pulau kecik, tempat snorkeling. Okay, nampak tak muka ketakutan gua tu? Serius takut wehh.. gua dah la tak reti berenang. Mamat tu main drift kat tengah laut tu, tercampak kang. Naya la wooii

Anak ikan bilis

ehem ehem

 
 encik lecturer yang super spoting abes.

Then, banana boat pulak. Tapi yang banana boat tu tak berapa nak best sebab tak berapa nak mencabar. Dia tak pandai nak tarik kitorang jadi  jatuh secara spontan. Bila dia bagi signal (signal nak jatuhkan kitorang), kitorang siap boleh tunggu, bila nak jatuh.. adooii

Baru nak mula. gerak pun belum.

Then, balik. Before balik ada pegi round round sekitar pulau tapi saya tido. Lepas tu pegi kilang sotong kering, rugi tak beli. Lepas tu pegi Kota Belanda, takda apa pun, just macam dinding batu bata saja (nampak sangat tak menghargai kisah sejarah tanah melayu). Dah naik feri balik, singgah beli apa yang patut lagi sekali. Then, berenti lagi kat Jeti Lumut, beli apa yang patut jugak. Serius best gila trip kelas ni. Hope next time ada lagi.. Auww...

p/s: perasan tak gambau pegi power plant tu sekeping je, padahal itu tempat utama lawatan nya. hahaha

5 comments