Kontot

Dari kecik, saya selalu kena tuduh seorang yang cacat oleh kaum keluarga saya. Akibat daripada keadaan fizikal ibu jari saya. Ya, kontot. Kuku pun dalam 1 cm jak. Masa kecik dulu, macam bengang jugak bila kena kutuk macam tu. Ya la, kecik lagi. tak reti nak pikir pasal ketentuan illahi.

Mula mula macam pelik juga, kenapa saya dikurniakan dengan jari yang kontot pasai adik beradik yang lain takda pulak macam tu. Sudah la kontot, hitam pulak. dulu mak abah saya selalu reka cerita yang saya ni anak orang india kat Klang nu, pasai dulu abah keja kat sana. Cess....

Tapi, kat sekolah dulu ada jugak sorang budak ni jari macam saya jugak. So, saya takda la rasa cacat seorang diri saja dalam dunia ni. Tapi bila kawan sekolah tengok jari saya, semua nya macam eeeuwww... mana kuku ko selebih nya? tak sakit ke bila potong kuku? Damn, korang buat gua rasa macam gua ni raksasa dari planet marikh. dan sekurang kurang nya gua tak cukur bulu lengan. Eh, apa kena mengena kuku dengan bulu lengan ni?

Okay. Makin lama hidup, makin bertambah bilangan orang yang saya jumpa yang jugak ada ibu jari macam saya. So, keyakinan dalam diri sedikit bertambah. Nak buat thumb up pun dah tak ragu ragu dah. Makin bertambah tak ragu bila ada orang cakap.. "kecik nya kuku awak,comel gitu. Padan sangat dengan tuan nya yang kecik molek.. Auww." Okay, saya reka ayat. tapi itu lah pertama kali nya ada orang cakap jari saya comel. Seriusly!

Tapi masa tengah menjawap exam selasa lepas, saya ternampak sorang abang pengawas ni. Tangan nya takda ibu jari langsung. Then, saya tengok ibu jari saya. Walaupun ibu jari saya kontot, tapi sekurang kurang nya saya ada jari. dan saya terus menadah tangan. berdoa dan mengucapkan syukur. Alhamdulillah..

3 comments