Sang Adik

Last weekend, saya pegi hantar adik daftar kat sekolah baru. Rasanya ini first time dia keluar negeri, before ni asyik terperuk aje kat negeri sendiri. Nak bercakap kolumpor pun tergagap gagap.

Dalam duk tolong dia packing barang barang, ye la. kalau tak tolong, memang tak ter-packing la barang tu. seluar kecik pun tak reti nak lipat. Haih. Teringat time kecik kecik dulu, saya jugak la yang tolong packing botol susu dia, pampers sekeping dua. baju sehelai, towel kecik satu, buat gentel time hisap susu. hantar pegi rumah pengasuh. Yela, time tu saya baru darjah 3. Time tu sekolah petang, dalam pukul 10 - 11 gitu, saya akan hantar dia ke rumah pengasuh. Lepas 14 tahun, saya tolong dia packing kain baju buat pegi sekolah pulak. Haih. Cepat jugak 14 tahun ni ye.

Harapnya, si adik tu tak ter-culture shock kat sana.

4 comments