Cerita Ramadan

Salam Ramadan adik adik, kakak kakak dan abang abang.

Kalau nak cerita pasai pengalaman berpuasa ni, memang banyak. Kalau zaman kecik, minum air time amek air sembahyang tu perkara biasa. kalau zaman besar panjang pun duk buat lagi, memang luar biasa lah tu.

Time puasa, saya paling suka time saya tak boleh puasa. Of kos la pasai saya boleh makan di pagi tengahari dan petang hari apatah lagi tak perlu bangun sahur. Part kena ganti puasa tu kita pikir lain hari. Okay, asal lapaq ja saya akan drive tru kat Mekdi atau beratur bersama kaum lain kat Key Ef Ci. Pasai, bukannya saya boleh pi beli nasik kat kedai mamak pun. Mamak pun tutup kedai.

Tapi time tak puasa akan lebih bahagia kalau ada geng. Kang time lunch ada la geng nak ajak pi makan. Macam tahun lepas, saya bersama lagi dua orang rakan yang sama sama kebetulan tak puasa pegi tengok wayang. Ada orang kata, time puasa tak elok pi tengok wayang. So, kami yang tak puasa ni pi la tengok wayang time kami tak puasa. kira takpa la kan?

Sejurus itu, kami pi beli donut dan oleh kerana kami tak tau nak pi makan kat mana, kami pegi la tasik buatan yg ada kat sini. Konon nya, takda orang kat sana pasal awal lagi. lagi pun, takkan la pakcik makcik akak abang nak pi jogging time puasa ni, ye dok? Tapi, saya lupa yang masih ada lagi kaum lain yang tak berpuasa yang duk jogging. haih. Eh, tapi kami berjaya melantak donut yang ada walau terpaksa makan secara sembunyi.



P/S: namun dalam duk berusaha taknak kasi kantoi, saya terkantoi jugak makan donut dengan sorang makcik masa duk trafik jam menuju ke tasik buatan.

11 comments