Nasihat dari Akak

Tadi pagi saya beli suratkaba. Ya, ini adalah satu peristiwa yang boleh dikatakan bersejarah sebab saya memang jarang jarang jarang gila beli suratkaba, dan sebab tu lah saya tak berapa tahu dengan keadaan semasa dunia. Tengok berita kat tv pun tak apatah lagi metro online. dan tadi jugak saya terbaca berita pasal budak terkena mercun. Kesian.

Melihatkan budak yang terkena mercun tu, teringat pulak kat adik saya. Dulu adik saya pun pernah kena mercun kat tangan, tapi nasib baik tak sampai hancur jari. Alhamdulillah.

Dan saya terpikir mungkin budak yang terkena mercun tu sama macam adik saya dulu, sama sama degil. atau mungkin jugak adik saya sama macam budak tu, sama sama nakal, sama sama tak dengar cakap mak. atau mungkin jugak mak budak tu sama macam mak saya, dah nasihat jangan main mercun, takut kena tangan. Tapi anak nya sama sama tak makan dek saman. dan mungkin jugak mak budak tu pun sama macam mak saya, sama sama mulut masin. Dan dalam kes adik saya dulu, tak sampai 5 minit dia pegi main mercun. Dia balik dengan tangan yg berdarah.

Pendek kata, kalau mak dah cakap jangan tu maknanya jangan lah. Tahu tak betapa masin nya mulut mak tu? dan saya sekarang menjalani hidup berlandaskan mulut mak, dengan harapan mulut mak saya betul betul masin. Tapi, dalam kes budak terkena mercun tu tadi. Dah nama pun budak, mesti lah nakal. Harap budak budak yang lain tu ambil iktibar.



7 comments