Tak Tik Juru Jual Tak Menjadi

Akak: Adik, sekejap ya. meh try produk ni. Memang bagus untuk buang sel sel mati kat kulit, meh akak try sapu kat tangan. Nanti adik boleh tengok hasil nya.


Adik: Eh, tak pa la kak. Tak nak lah.


Akak: Takpa, meh try je. Adik ni umur berapa ya?   *sambil duk tenyeh krim.


Adik: Oh.. saya dah 23 dah.


Akak: 23? mati mati akak ingat kan baru form 4.


Adik: Eh, ye ke? hihihi (Well, normally hey ladies akan rasa hapi kalau ada yang cakap macam tu. So, pada hey laki yang baru nak mengorat tu, puji hey ladies macam ni ya.)


Akak: So, apa kata adik try guna produk ni. kasi hilang kulit mati kat muka adik.


Adik: Oh, takpa la. kalau dah akak cakap saya macam form 4. rasa nya tak perlu lah krim tu. Okay terima kasih.


Akak tu ingat kalau dia cakap saya macam budak form 4, saya nak beli produk tu? heh. silap orang la kak.

7 comments