Selamat Hari Raya Basi

Selamat Hari Raya ke 8. atau bak kata abah saya, Selamat hari raya basi. Raya, raya jugak. tapi Senin depan saya dah start sekolah balik. 4 bulan cuti, otak pun dah penuh dengan daki. Karang nak kena beli sabun dan berus besi. Sental kasi licin. Bab daki tu biar lah, tapi mana pegi nya kalkulator saya, pensel case saya. pen kesayangan lagi. Takda pen tu, tak boleh menulis woo...

Tapi raya kali ni macam tak berapa nak raya pasai makcik makcik suma pakat buat kenduri. Raya kali ni, makcik makcik tak hidang biskut raya dah, main hidang nasi putih dengan gulai kawah ja. Jangan harap nak jumpa almond london, tart nenas, atau cheese tart. Kalau nak, balik makan kat rumah sendiri ja.

Kalau zaman dulu, taknak pegi beraya pasai nak tengok TV. tapi sekarang, kalau boleh lepas semayang raya, terus nak gi beraya. Cerita semua macam hampeh. semua duk tayang cerita sedih. Plot cerita yang lebih kurang. Tengok tajuk cerita pun dah tau cemana jalan cerita dan ending nya. Sakit hati betul dengan abang TV ni, tak reti pilih cerita ke apa. Dah la duk tayang cerita racing kete motor yang tahun bila tah. Hoii bosan betul laahh.

Okay, yang penting raya kali ni saya masih lagi dapat duit raya. Alhamdulillah :)

5 comments