Kematian di Tengah Jalan Raya

Assalamualaikum.....Apa kabar kome semua? Semalam, ada satu kemalangan kat area sekolah saya. Dua hari lepas pun sama. dan dua dua nya meninggal. Area sekolah saya ni dalam proses membesarkan jalan dan buat divider jalan (KOT). So, memang bahaya sangat lah. Kereta pulak nak laju je, tak laju bukan kereta namanya. Lori dengan bus pulak duk perasan dorang tu sama besar dengan motor, main cilok cilok pulak. Haiya. Yang motor pulak, hurm.. tak leh nak komen sebab saya pun bawak motor je pegi sekolah. Hahaha.

Tapi kemalangan tu melibatkan motor dengan kereta, yang meninggal tu yang bawak motor lah. Sememangnya nyawa penunggang motor agak bahaya kat sini. Seriusly woo.. Pernah saya dalam on the way balik ke rumah, then ada lori yang perasan dia tu motor, kemain laju sampai kan semua kon yang dorang susun kat tengah jalan untuk buat divider tu bergerak ke tepi jalan, sikiiiiiitttttt je lagi nak kena saya. Perghhh... lori tu dah laju ke depan dah. Kalau jadi pape, dia buat tak tau je lah kot.

Oleh itu, nasihat saya. Kepada penunggang motor, berhati hati di jalan raya. Kepada abang kerete, bawak kerete jangan duk laju sangat. Tau lah kereta mahal, mahal tak mahal pun, bayar tiap tiap bulan jugak. dan kepada pakcik lori dan bus, jangan perasan korang tengah naik motor. Nak berhenti ke belok kiri kanan ke, bagi lah signal. Ke memang bus dengan lori takda lampu signal?

dan kepada umat islam, ce mana kalau tiba tiba anda terlibat dalam kemalangan. dan masa tu anda baru teringat yang anda tak bertaubat lagi, semayang pun hujung waktu, subuh pun kadang tertinggal. aurat pulak tak tutup dengan betul, itu belum campur dengan kelakuan anda dengan mak ayah anda lagi. kot pernah gaduh dengan mak ayah ke. Mari lah kita bertaubat sebelum terlambat. perghh... seropa dengan pendakwah bebas pulak. Okay, selamat bertaubat.

4 comments