Makcik Library

Assalamualaikum..

Hari ni baru saya berkesempatan nak update blog. Sejak dua menjak ni memang agak sibuk sikit, pasal minggu ni ada test. 3 paper pulak tu, tapi itu tak menjadi hal. Pasai, dah nama pun student. memang sentiasa bergelumang dengan test, assignment, quiz dan lain lain. Ehem ehem. plus dengan keadaan diri yang asyik batuk saja, memang tak ter-update lah blog ni. Okay, memang takda kaitan antara batuk dengan update blog. saja nak kasi ayat panjang sikit.

Arghh.. tapi saya tak nak cerita pasal batuk. Saya mau cerita pasal makcik library. Tahukah anda bahawa makcik library sekarang dah up to the date? Serius. Okay, kat sekolah saya ni ada sediakan bilik belajar sekali dengan computer. Ala ala CC gitu. tapi ni lagi privacy dan best. Pasai satu  bilik kecik, ada satu computer. Kot sapa nak online boleh masuk dan online. Selalu nya saya akan masuk, untuk study sambil layan video Johan Raja Lawak. Kelakau habis. Dan saya rasa, ini lah satu satu nya benda yang best kat sekolah saya. Walaupun ada lagi  kemudahan lain, tapi kemudahan ni yg paling best.

Tapi haritu, hajat nak study sambil layan video Johan tak kesampaian. pasai makcik makcik, akak akak library dah konker bilik belajar yg ada computer. pergh.. Saya takda lah rasa marah cuma rasa kelakau saja. Sempoi jugak makcik library zaman sekarang ni. Ye dak? Saya siap jenguk tengok dorang buat apa, kot dorang nak kasi saya guna bilik tu ke, iya lah.. kan student. Haha. Tapi dorang wat derk je, tengok orang ikut hujung mata aje. Huih, hebat jugak makcik library ni. Makcik library is the best.

Okay, makcik library tu, adalah makcik yg menjaga kebersihan dalam library. Saya selalu buat sampah kat dalam library, nasib ada makcik tu. Hehehe. Huih.. tapi tak semua nya adalah makcik. yang muda sikit dari saya pun ada. Ehem, saya masih muda lagi, belum 24 tahun lagi.

Oh ya, hujung minggu kang saya akan join Kursus Kahwin. Rasa macam dah gatai sangat nak kawin bila join kursus kawin ni. Tapi nya, pakwe pun takda lagi. Tapi nya lagi, rilek lah. Seperti ayat diatas, saya masih muda lagi, belum 24 tahun lagi.

Sekian, tunggu berita pasal kursus kawin pulak. Terima kasih.

6 comments