Kursus Kahwin

Assalamualaikum. Ehem, macam gatai sangat pulak bila baca tajuk tu kan? Hurm. tapi tak gatai sangat pun tapi lebih kepada persediaan awal sementara tengah free. Ya, free. Free dari segi waktu tapi berbayar dari segi kos nya. Untung ada abang PTPTN, dia lah yang tolong support dan seorang teman yg free. Free untuk menemani saya. Eh.. saya lah yang teman dia. Oh bukan, kami sama sama temankan masing masing.

Walaupun tajuk itu pasai kursus kahwin, tapi tak mau cerita pasai kursus kahwin sangat pun. Pasai semua nya pun dah reti agak nya. Biasa lah, orang orang ni memang up to date dan bijak pandai kalau bab kahwin. Tapi, bila pergi kursus tu. Otak saya sedikit kotor dah, pasai ustaz kursus tu memang direct to the point terutamanya bab yang tidak seharusnya diajar kepada saya yang masih muda. Ya, muda. Jangan tak percaya pulak.

Tapi at least, umur saya ni kira okay la kalau pergi kursus kahwin. Jangan tak percaya jugak, budak yang baru start couple pun dah pegi kursus kahwin. Bagus betul dorang tu, fikiran jauh ke depan betuiii... Time saya zaman dorang hari tu, tak terpikir pun nak pergi kursus kahwin dengan pakwe. Rugi pulak. hurm.

gambar dari abang google.

0 comments