Merajuk

Assalamualaikum.

Hai. Harini kelas habis awal sebab lecturer merajuk. Hurm. kalau lecturer merajuk, memang susah nak pujuk. Lagi lagi lecturer tu lelaki. Kalau perempuan, maybe boleh pegi gesel-gesel pujuk apa patut. Tapi ini lelaki, kang gesel kang lain jadi nya. Auww~

Masuk dengan Haji lecturer ni, dah dua orang lecturer dah merajuk. Lagi sorang, abang lecturer. Abang le, pasai muda sikit. Haha. Tapi dorang merajuk atas satu punca yang sama. yaitu kelas yang bising amat amat amat lah sangat. Maybe dorang tak tau, kelas saya ni ada budak budak tadika. Budak tadika ni memang tak makan saman, dorang makan cubitan. Dah kena cubit baru le diam sikit. Eh, ye ke?

Ehem. Tapi minggu depan dah nak start Test 2. Kot kalau begini gaya nya, kelas asyik batal. Cemana nak study. Budak tadika tu takpa lah, pointer 4.0. pointer saya ni, ehem ehem... Harapnya Haji lecturer dan abang lecturer tak merajuk lama lama. dan harap nya budak tadika kelas saya akan mendapat hidayah dan kesedaran sivik sikit. Janggut dah tebal tapi perangai macam budak takda janggut.

gambar google.

2 comments