Mati Itu Pasti

Semalam saya dapat berita adik seorang rakan saya meninggal, kemalangan kat Melaka. Sejak dua menjak ni, kalau dengar pasal kematian walau tak kenal orang tu. Mesti rasa sedih gila. Selalu terbayangkan kalau yang meninggal tu kita sendiri. Apa lah perasaan mak ayah and family kita. dan yang paling penting, tak sempat bertaubat. taubat nasuha.

Dan kes kawan saya tu, dia sendiri yang kena pegi cam mayat adik dia. Tak boleh bayang kan kalau saya kat tempat dia. Harap sangat dia tabah. yeah, lelaki. sekuat mana pun dia mesti rasa sedih jugak bila ahli keluarga terdekat meninggal.

Hari makin hari, kita makin dekat dengan kematian kita. dan hanya sedekah yang boleh melambatkan kematian kita.

0 comments