Ombak Rindu

Assalamualaikum.

Tadi petang saya dah tengok Ombak Rindu. Beria tak beria, tolak tepi. Ini cerita melayu pertama yang saya beria nak tengok. Ehem. saya bukan tak suka tengok cerita melayu. tapi sebab cerita melayu senang nak ditayang kan kat TV berbanding cerita omputih.

Ehem. Masa saya mula mula baca novel Ombak Rindu dulu iaitu zaman sekolah menengah, saya memang terpikir cemana lah kalau cerita ni di-filem-kan sebab bagi saya banyak adegan mengarut dalam cerita ni. Adegan mengarut tu adalah adegan antara suami dan isteri yang tak patut dipertontonkan.

Tup tup sekali ada filem Ombak Rindu. So, memang eksaited habis lah nak tengok. tapi dia punya cerita, macam tak feel sangat. Rasa nya dorang patut tambah scene Maya Karin kene marah - marah dengan Aaron. Ini tak, kejap je dorang dah baik. Tapi bak kata kawan saya, kalau dorang ikut betul betul macam novel tu, sampai pagi besok pun cerita tak habis. Ye dak? Patut buat versi drama. Kasi ikut jalan cerita sebenar cerita tuh. Wah. lebih lebih pulak permintaan penonton ni.

Tapi cerita ni pun banyak unsur kelakar nya. Lagi lagi part Lisa Surihani. Macam kelakar bila tengok dia jadi panas baran. Tapi bagi saya, Maya Karin tak sesuai jadi Izzah. Bukan sebab apa, sebab dia punya sebutan macam Minah Salleh. Belum lagi part mengaji. Hurm, kat situ pun dah kurang feel jugak. tapi part rupa paras, tahap innocent tu not bad lah.

Dan setahu saya, Ombak Rindu ada sambungan nya tapi lupa dah apa tajuk novel sambungan nya tu. Sekarang saya tunggu Ombak Rindu 3 punya filem. Nak tengok cemana dorang nak filem kan cerita tu. Sebab Ombak Rindu 3 lagi banyak adegan mengarut. Hahaha.

6 comments