Remaja

Bagi saya,

Seseorang tu dah boleh dikatakan dalam proses meningkat dewasa bila dia mula tegur pasal perangai budak budak yang muda dari dia, budak sekolah contoh nya. Contoh nya;

"Hak ela. kalau taip mesej, tak boleh ke guna ayat yang boleh orang paham. Dah macam bahasa alien dah. Apa la budak budak ni."

"Amboi budak budak zaman sekarang. Kecik kecik dah pandai nak bercinta. Dating kat mall. Pakai baju sama kaler. Pegang pegang tangan. Kemain. kat sekolah tu entah dapat nombor berapa tah."

"hek eleh budak tu, mentang mentang SPM dah abes. Duk hu-ha-hu-ha kat sini pulak. Rasa dah dewasa sangat lah tu. Padahal baru lepas SPM je pun."

"Eh eh budak ni, rambut kaler merah, duk hisap rokok dalam mall. rasa hebat sangat lah tu. Budak sekolah lagi tu, tengok muka pun tau."


Dulu saya pun pernah dating jugak dan bila saya tengok budak sekarang duk dating, saya akan teringat balik masa saya duk dating dulu. Entah apa la orang yang lagi tua dari saya pada masa tu pikir bila tengok saya dating dengan pakwe saya pada masa tu. Meluat atau jealous atau istighfar je dalam hati.

Masa saya mula mula pakai handpon dulu pun, saya pun ada taip short form tapi takda lah se-short form macam sekarang. Seriusly, entah sapa yang reka perkataan 'aq', 'dy' tu. Memandai je. Itu belum lagi part yang 'aperw', 'kart nerw neyh'. Huih. Serius rasa nak bagi buku ABC kat budak tu.

Okay okay, saya bagitau ni berdasarkan pengalaman jugak. Saya pun pernah melalui zaman budak sekolah, zaman remaja. Sapa yang tak pernah kan. Bagi saya, kita semua sama saja. Kita semua pernah lalui zaman sekolah. Zaman yang kita rasa kita yang ter-hebat dan ter-cool dan ter-remaja. Masa tu memang kita tak amek peduli pun apa orang nak cakap. Bagi saya, tu adalah zaman tak matang. zaman tak pikir panjang.  Tapi sekarang pun tak matang jugak, tak pikir panjang jugak. T.T

Tapi bila kita dah sedikit meningkat dewasa, kita dah boleh nampak perangai budak budak sekolah tu dan bila kita tengok perangai budak sekolah tu, kita akan cakap "hurm.. budak budak".

Eh.. Eh.. Saya bukan nak kutuk budak sekolah sebab itu adalah perangai normal seorang remaja yang sedang meningkat remaja. So, anda dikira normal kalau anda rasa macam anda ni hebat. Bila boleh ponteng sekolah, korang rasa hebat gila. Bila jalan jalan kat mall dengan baju sekolah, korang rasa macam model baju sekolah. Korang rasa berani je nak buat apa pun. Hisap rokok dalam mall? Selamba aje. Peduli apa dengan pak guard. Tak kesah pun. Pakai seluar ketat senteng pun takda hal, stylo kot pakai macam tu. Trend masa kini.

Tapi apa pun, asalkan anda berada di landasan yang betul dan tak over the limit. Ingat tuhan, tahu batas batas agama. Anda selamat.

Saya pada zaman budak sekolah.

Ehhh... Saya belum tua lagi. Remaja lebih sikit dari korang je. Huhu T.T. Dan saya percaya, bila saya dah masuk 30-an nanti, saya akan rasa yang budak umur 20-an ni pun sama jugak macam budak budak. Normal la tu. Paham tak apa yang saya nak sampaikan ni?

3 comments

  1. hehe.... pelbagai gelagat anak2 remaja.... nak biarkan ke nak tegah?
    pikir-pikirlah....huhu

    ReplyDelete
  2. Of course lah tegah. Tapi dalam dunia remaja, kita tegur apa pun dorang tak amek port.

    ReplyDelete
  3. sama la aisyah pun baru habis spm, mmg rasa happy sgt sbb dah sebelas tahu bersekolah. tp kita kena igt supaya slalu berada di landasan yg betul kan :)

    ReplyDelete