Sudikah Awak?


Okay, hari ni saya kat library. Jangan pelik kenapa pagi pagi buta saya dah kat library. Okay. Sebenarnya tadi ada kelas then selepas penat berhempas pulas dengan selimut dan bantal. Selepas habis basah sebab mandi. Lepas habis bedak saya tempek kat muka. Selepas penat saya meredah hujan dan jalan yang jam. Tup tup kelas batal. Haji Lecturer ni memang lah...

Then, saya amek jalan menuju ke library. Okay, sebenarnya kawan yang ajak. Lagipun takda kerja sangat, boleh la lepak lepak kat sini. Lepak kat library? See, lepak secara berilmiah. HAHAHA.

Then, blokwalking sikit and jumpa video yang seriously sweet gila. Kot kalau dapat sorang yang macam ni, memang tak cari lain dah. Eh, kalau tak dapat yang macam ni pun tapi baik, memang tak cari lain jugak. Lagipun macam dapat je kalau nak cari lain. nak cari sorang pun tak dapat dapat lagi ni. Kih kih kih.

Okay, Si Awek ni bertuah dapat lelaki ni. Sebab saya rasa tak ramai lelaki yang sweet dan romantik dan berani dan ada idea untuk buat macam ni. Lagipun dorang ni boleh dikatakan bercinta selepas berkahwin la. Walau tak kawin lagi. Tapi at least hubungan dorang dah melangkah ke alam perkahwinan, dah bertunang. In fact pilihan ibubapa pulak tu. Yang korang tu, mak bapak korang tau tak korang ada couple? Kih kih kih.

Okay, saya jealous dengan awek tu. Hurm. dia lagi muda dari saya tapi dia dah ada tunang. Hurm. Ohya ni blog si awek tu ----> blog si awek.

4 comments