2011

Assalamualaikum 2012. Harini dah 4hb Januari. Kejap je dah hari ke-empat dalam 2012. Before tu, saya nak  ingat balik apa yang best sepanjang tahun lepas :))

1) 1/1/11. Kawan saya kawin kat Sri Gombak. Jauh saya pegi, demi untuk amek berkat konon nya. Kah kah kah. Sekarang ni dia dah timang baby dah. Alhamdulillah.

Bergambar sebelah suami orang, kena jauh jauh sikit. Kang lain jadi nya. Hihihi :))


Okay, masa kat kenduri tu tak sempat jumpa BFF. Then, decide jumpa kat Sogo ja. Lama gilak tak jumpa. Last jumpa time konvo dulu. Dengar cerita dia dah kurus sekarang, so tak sabar nak jumpa lagi. Hihihi ;p


2) Awal awal tahun dulu, kena pergi kursus apa tah dekat Tanjung Piai. Ya, saya mengaku saya pergi kursus ni semata mata sebab nak pergi Tanjung Piai je. Kih kih kih.

 Before sampai ke penghujung, kena lalu hutan. Err.. hutan ke?

 Tanjung Piai ni rupanya Penghujung Selatan Tanah Besar Asia.



3) Okay, then boleh pulak kawan saya tunang time belajar pulak kan. Time exam pulak tu kan. Hahaha. Dia ni kawan yang paling saya ngam dekat sini. Dah jadi tunangan orang dah... Untung lah dah ada tunang. Haha

 Muka berpeluh sebab sesat nak ke rumah pengantin. Lain kali kena provide GPS.


4) Lupa bulan berapa. Kelas saya buat rombongan sambil belajar ke Pangkor. Ehem, bukan kat Pulau Pangkor tapi melawat power plan kat Malakoff dengan TNB kat manjung. Dah habis buat lawatan sambil belajar kat sana, then kami terus ke Pulau Pangkor. Yela, alang alang dah sampai kat Marina Bay. Haha. Padahal memang menuju ke Marina Bay. Okay, time ni jugak first time saya naik feri, naik boat. Saya agak takut jugak nak naik boat. Maybe pasai saya tak tau berenang kot. Pengaruh cerita Titanic, ikan jerung, anaconda jugak memainkan peranan kenapa saya takut laut. Huhu.


 first time snorkeling jugak. Best gilak gilak gilak. Teringin nak snorkeling lagi. next time, Insyaallah :)


5) tahun lepas jugak buat pertama tama kali saya jejak kaki ke Singapore. Seriusly best. Nak pergi lagi. Maybe tunggu bila dah kerja. Insyaallah :)


6) ini after raya hari tu. Budak kelas konon nak buat open house untuk kelas sendiri. Last last, house saya jugak yg kena open. See, rumah sewa pelajar. Luas dan kosong tanpa sebarang decoration. Kosong sebab memang kami kosongkan. Takkan nak open house dengan buku buku, meja study penuh kat ruang tamu pulak kan. Tapi ada jugak TV duk menyibuk kat situ. Haha

Sedih kan bila tengok rumah sewa student. Meja pun takda. Apatah lagi kerusi empuk nak buat menyandar lepas penat belajar kat sekolah.

Rasa nya banyak lagi yang best dan jugak yang tak best. Antara lain yang best, join perarakan konvo kat Stadium Batu Pahat. tapi sayang, takda gambau nak tayang. Yang tak best adalah kerete kena tebuk. Ya, kena tebuk pasai saya pegi langgar lori. Hebat tak hebat lain kira. Yang kene kira, duit untuk repair kereta. Tapi nasib ada abah yang rela menghulurkan duit. HAHAHA. dan tahun 2011 jugak saya selalu jatuh sakit. Maybe sebab antibodi dah lemah lepas kena denggi dulu dan saya harap 2012 ni akan lebih membahagiakan. Keh keh keh. Lain macam ja bunyi nya.

2 comments