Akak Akak

Assalamualaikum..

Semalam saya pegi stesen minyak. before tiba ke stesen minyak. ada satu Waja, selamba badak depan saya dia masuk jalan. Hek eleh. kalau jauh lagi. saya boleh anggap dia rabun jauh. Kot dah depan mata baru masuk jalan orang, takkan buta kot. Hnfff....

Okay, kat stesen minyak. Satu hal yang paling tak suka adalah kena bayar kat kaunter. Ingat saya rajin sangat ke nak keluar kerete. pegi beratur. lepas tu bila cakap nak full, mesti dia cakap isi dulu. lepas dah isi, kena pegi beratur balik. Eh. ke saya sorang je yang macam tu? Tapi kali ni nak isi sepuluh ringgit ja pun. Huhu.

Saya: Sepuluh ringgit eh. *terus blah*

Baru je angkat pistol minyak, tiba tiba.

Abang Stesen Minyak: Akak, akak nak isi minyak berapa ringgit tadi? *sambil tengok ke arah sini*

Saya: *tengok belakang* Eh, dia ni cakap dengan sapa. (dalam hati)

Abang Stesen Minyak: Akak, akak bagi saya seringgit tadi. Akak nak isi seringgit je ke?

Saya: *tengok belakang, kiri kanan* Akak? Sapa akak? (dalam hati lagi)

AbangStesen Minyak: Akak yang pam no 4 tu.

Saya: *tengok no pam* Eh.. Saya ke?

Abang Stesen Minyak: *angguk*

Saya: Heheheh... Saya bagi seringgit ke tadi?

Abang Stesen Minyak: Aah. nak isi seringgit je ke? Hehehe..

Saya: Eh, sepuluh ringgit. Sorry eh. hewhewhew~~


P/S: Perkara ni takkan berlaku kalau saya sedar diri yang saya ni seorang "Akak".

6 comments