Copy and Paste

"Aku still dapat bertahan, sebab kau la"
“Kalau kau tak da, aku tak tahu la.”
“ Aku asyik ingat kau je dari tadi. Aku memang tunggu kau datang.”
“ Apa-apa pun yang berlaku, aku ada kau je babe.”
“ Aku cerita kat kau je ni kalau ada pape.”

Bertubi-tubi ayat demi ayat diberikan. Hati aku mula rasa serba salah. Sesungguhnya aku tak mengerti. Mengapa aku insan yang dipilih.

Awak, saya penah cerita pasal awak dekat A, sebab saya merajuk dengan awak.
Awak, saya pernah cerita pasal awak dekat A, sebab saya tak puas hati dengan awak.
Awak, saya pernah cerita pasal awak dekat A, sebab saya sedih apa yang awak buat dekat saya.

Kalau la awak tahu, saya pernah berkongsi cerita awak dengan A, awak masih harap saya selalu disisi awak ke? Saya bukan tak cuba berterus terang dengan awak, tapi awak masih buat endah tak endah. Dengan sebab itulah, saya terpaksa berkongsi rasa dengan A sebab saya boleh jadi “gila” kalau memendam rasa. Saya bukan manusia yang sempurna untuk terima setiap perkara yang awak lakukan pada diri saya. Saya harap awak faham situasi saya.

Tadi… bila saya tatap wajah awak dan awak tenung saya dengan mata awak, saya tahu, awak amat memerlukan saya untuk memahami situasi awak. Awak, kalau saya dah tak boleh nak temani awak, saya harap awak tabah harungi hari-hari awak. Bukan saya tak sudi, tapi awak pun faham saya tak boleh sentiasa dengan awak. Awak, saya juga tengah cuba menjadi kawan yang baik untuk awak. Saya harap awak maafkan saya untuk kesalahan yang pernah saya lakukan. Saya doakan awak sentiasa senyum untuk saya.

hala tuju kita tetap sama ye awak.

2 comments