Kembali Ke Pangkal Jalan

Assalamualaikum. Ehem...

Bila masuk ja tahun baru, semua orang mesti duk kalut cerita pasai umur dah meningkat. Bila cerita pasai umur, bagi yang tak kawin lagi duk bilang tahun, bila mau kawin. Bagi yang takda pakwa pulak, sibuk duk kalut nak cari pakwa lah apa lah. Serupa hidup ni hanya untuk mencari lelaki saja. Pfff..

Bila masuk tahun baru, saya lebih risau dengan umur yang meningkat naik. Bukan lah risau dah tua ke apa. Tua itu pasti. Ini risau dengan umur yang makin meningkat tapi tahap amalan tak sama meningkat dengan umur. Takkan nak tunggu tua baru nak bertaubat. Bila cerita hal bertaubat, tak semestinya bohsia ja kena bertaubat. Kita yang tak berapa bohsia pun kena sentiasa bertaubat. Kadang kita tak sedar kita ada buat salah atau dosa. Malah, amalan kita buat selama ni entah cukup ke tak. I bet memang tak cukup lah kan. Kita lagi tau hal sebenar tentang diri kita berbanding orang lain.


Insyaallah, hujung tahun ni saya akan habis belajar. Bila dah abes belajar, pikir hal kerja pulak. Entah dapat kerja yang elok entah tidak. Bila dah kerja kena pikir hal nak berbakti dengan famili pulak. Sepanjang duk belajar ni, banyak jugak dah menyusahkan famili. Itu belum pikir hal nak kumpul harta lagi.  Pikir nak tambah amalan lagi, pergi umrah, haji. Sementara tengah kuat gagah lagi ni. Ehem, kuat ke?

Lagi satu, bila umur kita meningkat. of course lah umur orang lain pun meningkat. Famili kita. Mak Abah kita. Bila saya tengok mak saya duk rindu kan arwah nenek saya, saya akan bayangkan diri saya pada masa hadapan. Sama macam mak saya sekarang kah? Seriusly tak boleh nak bayang kan. So, hargai lah ibu bapa kita :)

p/s: tadi taip entri ni sambil dengar lagu sedih. Tiba tiba sebak ja. Terus tukar lagu rock. Hey, kadang kita kena ego dengan diri sendiri. Baru lah diri ni kuat dan tak lemah. Yeah!

6 comments