Napis Khan

Pakcik Polis: Awak dah buat satu kesalahan jalan raya ni. Mintak IC dengan lesen.

Adik Driver: Kesalahan apa?

Pakcik Polis: Tadi awak langgar lampu merah kan?

Adik Driver: Mana ada, masa saya lalu tadi, kuning lagi. Lepas saya lalu tu baru lampu kaler merah, takkan saya nak brek kat tengah tengah jalan. Lagipun kat belakang ada kerete lain. Brek jugak kang ada yang eksiden.

Pakcik Polis: Eh, tak boleh. Masa kuning tu awak kena bersedia nak berhenti. Kan ada lampu, kira 1 sampai 4.

Adik Driver: Mana ada lampu kira kat situ.

Pakcik Polis: Tak boleh tak boleh. Patut nya awak kene brek menggelongsor. Kalau brek mengejut memang lah bahaya.

Adik Driver: Tak pernah pulak saya dengar brek menggelongsor ni.

Pakcik Polis: Haa. Kena saman ni.


P/S: Tak malu. Mengaku adik driver. Huhu T.T

3 comments