Perkahwinan Cap Perlis

Hai dan Assalamualaikum.

Sekarang pelajar Universiti tengah bercuti. dan disebabkan saya ni pelajar universiti, maka nya saya pun tengah bercuti lah. Pehh.. lain macam pulak bunyi nya bila mengaku diri ni pelajar universiti.

Haa. Last week saya ke Perlis. First time jejak kaki ke Perlis, excited bak hang! tapi saya rasa kat sana dia punya panas tu lain macam sikit. Memula, berterima kasih kepada kawan saya ni. Kalau tak kerana dia kahwin, mesti saya tak jejak - jejak lagi ke Perlis. Next time kahwin lah lagi. Eh bukan, next time kawan yang lain pulak kahwin. Hew hew hew.


Tiap kali bergambau dengan pasangan pengantin baru, saya mesti dapat port sebelah pengantin lelaki.  Bahaya kalau bergambau sebelah laki orang ni. Silap gaya posing boleh kene halau, tak sempat nak jamah nasi minyak. Tapi, sekali tengok gambau ni, saya dah seropa biawak, kepala senget senget. Silap posing pulak. Haih T.T

Sambil tu, kira macam small reunion la. Tak ramai yg datang. Eh, ramai jugak tapi ramai yang kena balik cepat. Ada yang nak berangkat pulang ke kampung halaman, ada yang nak balik ke bandar halaman. So, tak boleh join berkumpul bersama sama. Sebenarnya saya terharu jugak dengan kawan kawan yang lain. Sanggup turun padang ke majlis perkahwinan kawan, datang jauh jauh. Dari selatan ke utara, dari barat ke utara. dari pantai timur ke utara. Saya harap, time saya kahwin nanti dorang pun sanggup datang jauh jauh jugak. Kah kah kah. gatai betei bunyi nya. Sekolah pun tak habis lagi.

Haa.. Lepas ni sapa pulak yang nak kahwin ni? jangan lupa jemput, alang alang boleh saya merantau mencari cinta. Puih!



P/S: Saya tau awak mesti geram bila baca entri ni kan? Hehe. Jangan geram geram. Tuu. saya sengaja pilih gambau yg tak clear, tak nak kasi awak geram. Hehehe. Tuu.. dua keping je saya upload. kalau tak, semua saya upload. Hihihi

5 comments